Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

2 Lelaki Didakwa Sebabkan...

KUALA LUMPUR - Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini...

CUEPACS Minta Kerajaan Naikkan...

KUALA LUMPUR - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) sekali lagi...

Kadar Antara Bank Jangka...

KUALA LUMPUR - Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil selepas campur tangan...

TUDM Secara Rasmi Terima...

LANGKAWI - Pesawat tentera keempat dan terakhir Airbus A400M secara rasmi diserahkan kepada...

Sandra Bullock Dinasihat Jangan Kahwini Teman Lelaki

PELAKON antarabangsa, Sandra Bullock dinasihatkan supaya mempertimbangkan semula keputusannya untuk berkahwin dengan kekasihnya, Bryan Randall yang merupakan seorang fotografer.

Ini kerana Bryan disahkan mempunyai beberapa rekod buruk dan dia baharu sahaja dilepaskan dari tahanan pusat pemulihan kerana mengambil ubat-ubat yang terlarang.

Sandra Bullock dan Bryan Randall

Bekas guru Sandra, Geraldine Filipi berkata mendiang ibunya, Helga Mathide juga tidak akan membenarkan perkahwinan ini diteruskan, lapor Female First.

“Saya tidak yakin hubungan mereka akan bahagia jika dia tetap mahu berkahwin dengan Bryan. Jika mendiang ibunya masih hidup, Sandra tidak akan dapat berhubungan dengan kekasihnya itu,” kata Geraldine.


Tambah Geraldine, Sandra juga kurang bernasib baik dalam membuat keputusan untuk memilih teman hidup dan dia berharap agar hidupnya menjadi lebih tenang dan bahagia bersama seorang lelaki yang sesuai untuk dirinya.

“Sandra tidak pandai menilai  lelaki yang baik untuknya. Dia seorang artis yang berjaya dan kenapa perlu tergesa-gesa membuat keputusan hidup yang mungkin berisiko?,”  soalnya. -MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori