Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Selangor Ada Pegangan 30%...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Selangor mempunyai 30 peratus pegangan ke atas Syarikat Pengeluar...

Menteri Pertahanan Lawat RKAT...

KUCHING - Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu hari ini melakukan lawatan ke Rumah Keluarga...

Kes Curi Uniform Polis...

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini...

Keputusan UPSR Disertakan Pencapaian...

NILAI - Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) esok akan disertakan pencapaian lengkap...

Sari Yanti Tolak Dakwaan ‘Disunting’ Selebriti Lelaki

PELAKON genit, Sari Yanti yang kini berstatus janda menolak dakwaan konon terdapat beberapa selebriti tempatan lelaki cuba ‘menyunting’ dirinya.

Sari Yanti atau nama sebenarnya Sari Yanti Mohamad Nazari, 32, bercerai dengan bekas suaminya iaitu Mohd. Esmady Che Hussin pada Disember 2014.

Menurut laporan sebuah portal akhbar tempatan, pelakon bertubuh genit ini berkata dia tidak pernah didekati seperti dakwaan sesetengah pihak.

Sari Yanti Tolak Dakwaan 'Disunting' Selebriti Lelaki

Sari Yanti Tolak Dakwaan 'Disunting' Selebriti Lelaki

Namun mengakui ada dalam kalangan selebriti lelaki yang rapat dengannya cuba mengusik-usik dirinya dan perkara itu tidak dianggap serius malah hanya sekadar gurauan sahaja.

“Didekati dengan tujuan tertentu tidak ada dan setakat ini tiada pula ada yang mencuba sampai melamar untuk berkahwin.

“Tetapi usik-usik itu adalah dan saya tidak anggap ia serius pun kerana ia hanya gurauan.

“Saya pun kadang-kadang balas juga gurauan mereka itu kerana kami saling mengenali dan tidak mahu dituduh sebagai sombong pula sampai tidak boleh bergurau,” katanya.

Sari Yanti Tolak Dakwaan 'Disunting' Selebriti Lelaki


Walau bagaimanapun, pelakon yang pernah membintangi drama bersiri Kisah Kaisara yang pernah ditayangkan di TV3, tidak lama dulu tidak pernah menutup pintu hati untuk berkahwin lagi seandainya mempunyai calon yang sesuai.

“Saya dah pernah melalui alam perkahwinan dan mempunyai dua orang anak, jadi soal kahwin semula tidak terlalu menjadi fokus saya.

“Tetapi tidak sampai saya menutup hati untuk kahwin lain cuma belum bertemu dengan yang berkenan di hati,” ujarnya.

Malah menurut Sari lagi, fokusnya kini lebih tertumpu kepada dua cahaya matanya iaitu Barr Al Aly, 6, dan Basit Al Haq, 4 tahun.

Perkembangan terbaru Sari, dia kini sibuk dengan pementasan teater Lela Manja yang turut dibintangi oleh Nabila Huda, Sahronizam Noor, Rashdan Baba, Aeril Zafril, Hafidz Roshdi dan Syazwan Zulkifly.

Teater tersebut merupakan arahan Ramli Rani bakal di pentaskan bermula 22,23,29 dan 30 Julai ini pada 8.30 malam di Panggung Sari, Istana Budaya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori