Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Indonesia Benarkan Semula Eksport...

JAKARTA: Indonesia mengeluarkan peraturan baharu yang membenarkan semula eksport mendapan marin dalam bentuk...

56,000 Terima Manfaat Program...

PADANG RENGAS - Seramai 56,00 orang telah menerima manfaat daripada program UMNO Bantu...

Juruteknik Didenda RM1,000 Kesalahan...

PETALING JAYA - Seorang juruteknik pendawaian didenda RM1,000 atau penjara sebulan jika gagal...

Mangsa Banjir Dipindahkan Turun...

KUCHING - Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PP) di...

151 Bulan Dalam Ranking 10 Terbaik Dunia

KUALA LUMPUR – Ikon skuasy negara, Datuk Nicol David melakar satu lagi kejayaan dalam kariernya selepas berjaya mengekalkan kedudukannya dalam kelompok 10 pemain terbaik dunia selama 151 bulan.

Pemain kelahiran Pulau Pinang berusia 32 tahun itu berjaya melepasi rekod 150 bulan bagi kategori itu yang dipegang pemain Britain, Peter Nicol, yang bersara pada Oktober 2006 serta 142 bulan yang diraih pemain Australia Michelle Martin dan jurulatih Nicol yang telah lama membimbingnya, Liz Irving menurut laman web skuasy, www.worldsquash.org.

Sementara itu, Nicol dalam catatan di Facebooknya berkata dalam setiap kejohanan disertainya, skuasy terus memberi cabaran kepadanya, yang mendorong beliau untuk sentiasa mempertingkat permainan ke tahap terbaik.

“Karier saya sebagai pemain skuasy telah meningkat sejak menyertai kelompok terbaik dunia itu sehingga sekarang. Pencapaian ini hanya boleh dilakukan selepas mempelajarinya daripada individu lain yang telah melaluinya sebelum ini dan Liz adalah pencetus di belakang saya.

“Terima kasih Liz dan pasukan saya yang telah membentuk saya untuk pastikan saya berada di prestasi terbaik pada setiap perlawanan dan saya akan berusaha sedaya upaya,” katanya.

Nicol di kedudukan 10 pemain terbaik dunia bermula pada Januari 2004 selepas berjaya mara ke separuh akhir Kejohanan Dunia.


Dua tahun kemudian, beliau berjaya meraih gelaran pemain nombor satu dunia buat pertama kali, sehingga kedudukan itu dirampas pemain Belanda, Vanessa Atkinson pada April tahun yang sama.

Nicol merampas kembali kedudukan teratas dunia itu pada Ogos 2006, yang dipegangnya selama sembilan tahun (109 bulan) sehingga September 2015.

Beliau kini menduduki ranking keempat dengan 16,170 mata di belakang pemain nombor satu dunia, El Sherbini dari Mesir yang mengumpul 25,900 mata, pemain England, Laura Massaro (25,055 mata) dan seorang lagi pemain Mesir, Raneem El Welily (19,355 mata). – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori