Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Rakyat Jepun Kecewa Miss...

TOKYO – Biarpun dilahir dan dibesarkan di Sasebo, Nagasaki, pemenang pertandingan ratu cantik...

Bantu Usahawan Kecil Terokai...

LANDSKAP keusahawanan mengalami perubahan yang sangat ketara sejak negara berdepan pandemik Covid-19.Jika dulu...

Geng Pecah Rumah Amir...

TELUK INTAN - Geng Amir Rais yang dipercayai terbabit dalam beberapa kes pecah...

‘Untuk Rekod, Saya Tidak...

Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak memberitahu Mahkamah Tinggi semalam, beliau tiada alasan...

Saya, Erra Dilihat Seperti Menjaja Cerita Pula – Shahir

SELEPAS mengakui sedang dilamun cinta dan masih dalam proses mengenal antara satu sama lain, Erra Fazira dan Shahir dilihat bersikap begitu terbuka mengenai hubungan mereka.

Walau bagaimanapun, menurut Shahir, dia berasa bimbang jika sikap keterbukaan tersebut akan mengundang pandangan negatif terhadap mereka.

“Bukannya saya tidak mahu membuka mulut berkaitan hal saya dan Erra, tetapi jika sesuatu perkara itu terlalu digembar-gemburkan, maka akan timbul pelbagai tanggapan.

“Saya tak mahu kami dilihat seperti menjaja cerita sedangkan kami masih belum ada apa-apa perkembangan pun. Kenyataan saya sebelum ini hanya untuk menjelaskan spekulasi yang timbul berkaitan kami.

“Selama ini hanya Erra sahaja yang menjadi sasaran, sebab itu saya tampil mengesahkan status hubungan kami berdua.


“Saya juga harus bertanggungjawab tetapi selepas itu makin ramai yang mendakwa kami sudah merancang mahu bertunang dan hubungan kami seperti sudah pasti akan ke jinjang pelamin,” katanya kepada BH Plus.

Shahir juga mengakui dia dan Erra mengambil segala spekulasi tentang hubungan mereka sebagai satu doa daripada peminat mereka. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori