PELAKON Scha Alyahya berkata dia kini lebih banyak bersabar dan tidak mudah naik angin selepas pulang mengerjakan umrah pada Ramadan lalu.
Tambah Scha atau nama sebenarnya Sharifah Norazean Syed Mahadzir, kini dia lebih menghargai adab dan budaya yang diamalkan di negara ini kerana baginya orang dari negara luar adalah lebih kasar.
“Berada 21 hari mengerjakan umrah saya banyak melalui ujian yang menguji tahap kesabaran saya terutamanya dari segi adap kerana di sana semuanya berbeza budaya.
“Ramai yang suka pootng barisan suka hati, nak marah pun tak boleh. Sekarang saya akan cuba praktis kesabaran yang saya bawa balik dari tanah suci itu,” katanya kepada mStar Online.
Bagaimanapun, Scha, 33, berkata, dia berasa kagum dengan sikap rata-rata jemaah umrah yang suka bersedekah dan memberi makanan percuma kepada sesiapa sahaja.
“Saya kagum lihat mereka kerana mereka tidak  kedekut dalam sedekah kerana setiap kali waktu berbuka ada sahaja orang bentang tikar menyediakan pelbagai makanan kepada jemaah yang lain,” tambahnya. – MYNEWSHUB.CC