SEORANG guru wanita dari Amerika Syarikat, Chelsea Lorson bakal berhadapan hukuman penjara 17 tahun selepas dia mengaku bersalah melakukan hubungan seks dengan dua pelajar lelakinya, baru-baru ini.
Perbuatannya terbongkar selepas Chelsea menceritakan pengalaman seksnya itu kepada rakan sekerja sebelum hal itu didedahkan kepada pihak polis.
Chelsea yang berasal dari Lewisberg, Pennsylvania mengakui mendekati pelajarnya menerusi laman sosial Facebook selepas berkenalan ketika satu program sekolah.
Chelsea yang sudah berkahwin dan mempunyai dua anak berkata, dia melakukan hubungan seks dengan kedua beradik itu ketika dalam perjalanan balik menghantar mereka pulang ke rumah.
Dia menyifatkan hubungan seks dengan dua beradik itu sebagai hadiah bagi menyambut ulang tahun kelahiran salah seorang daripada ‘mangsanya’ itu. – MYNEWSHUB.CC