HARI ini bersamaan 11 Julai, adalah hari yang dicanang-canangkan oleh puak PakaTun yang kononnya Kementerian Kewangan akan muflis seperti diisytiharkan oleh sebuah ‘mahkamah’ di London.
Kita masih menunggu pengumuman tetapi apa yang boleh dipertaruhkan kepada anda adalah perkara tersebut tidak akan berlaku.
Dalam laporan Ketua Audit Negara berkenaan aktiviti 1Malaysia Development Bhd. (1MDB), seperti yang diputarbelitkan oleh pembangkang, adakah anda mengetahui bahawa mereka ini yang terdiri daripada kalangan puak PakaTun sendiri telah sedia meneliti dan mendengar laporan AG?
Ketua-ketua pembangkang ini tetap membahaskan laporan AG yang dibentangkan dan segala berkaitan 1MDB telah dirungkaikan sebaiknya, termasuklah segala isu yang terbukti tidak menemukan sebarang bukti salah laku dalam segala aspek meliputi pengurusan, dokumen pengesahan, pejabat, dalam segala laporan.
Salain daripada laporan AG yang dijadikan bukti, ahli panel PAC (dianggotai Ahli Parlimen Barisan Nasional dan pembangkang) turut menerima pelbagai pertanyaan daripada pelbagai pihak yang mengikuti perkembangan.
Ini membuatkan PAC mengeluarkan siasatan berkenaan 1MDB dan keputusan pembentangan laporan mengenainya juga merupakan satu proses demokrasi tertinggi yang menggambarkan ketelusan integriti Parlimen Malaysia.
Hasilnya, anggota PAC sebulat suara dalam pembentangan laporan PAC mengatakan tiada wang atau dana yang dilaporkan hilang atau penyalahgunaan dana awam sebagaimana tuduhan dan tomahan yang didengari selama ini.
Namun, portal Sarawak Report cuba putar belitkan lagi dengan pendedahan laporan AG seperti yang disifatkan puak PakaTun sebagai ‘Pembongkaran Terbesar’ walaupun mereka telah sedia meneliti hasil daripada laporan AG secara terperinci sebulan sebelumnya.
Jadi kebanyakkan pemimpin PakaTun yang telah meneliti laporan AG cuba memberitahu perkara itu sebagai ‘pendedahan terbesar’? biarpun mereka sudah dibentangkan? Walao…
Sehingga kini, pemimpin-pemimpin PakaTun nampaknya masih cuba mengeluarkan pelbagai kenyataan serta isu ‘ciptaan’ mereka sendiri agar konflik yang kononnya dikatakan berlaku terhadap 1MDB tidak lapuk, biarpun di dalam ucapan ‘selamat hari raya’ kepada rakyat.
Hari ini sebenarnya merupakan hari di mana 1MDB memberi kata putus kepada pihak International Petroleum Investment Companay (IPIC) di London berkenaan aset kewangannya untuk dipindahmilik dengan IPIC yang kemudiannya dilupuskan atau dituntut kemudian.
Maka, bagaimana tarikh 11 Julai ini kononnya menjadi tarikh Kementerian Kewangan diisytihar muflis walhal ia adalah tarikh bagi jawapan sebelum kes itu didengar, yang mungkin mengambil masa bertahun?
Malah apa yang dipanggil ‘London Court’ itu bukanlah merupakan institusi Mahkamah. Ia adalah satu perkhidmatan audit oleh sebuah syarikat swasta yang tidak mempunyai kuasa atau bidang kuasa untuk mengisytiharkan Kementerian Kewangan sebagai muflis. – MYNEWSHUB.CC