Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Dewan Rakyat Lulus Usul...

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul merujuk Anggota Parlimen Lembah...

Buat Janji 6 Bulan...

KUALA LUMPUR ā€“ Berjanji adalah penyakit Pakatan Harapan (PH) untuk menipu rakyat dan...

Pembangkang Sanggup Gadai Keselamatan...

KUALA LUMPUR - Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai mendakwa pembangkang sanggup...

Isytihar Darurat Jerebu Di...

JAKARTA - Presiden Joko Widodo mengarahkan kerajaan tempatan di wilayah yang mengalami masalah...

Sembilan Kes Baru Difteria – KP Kesihatan

KUALA LUMPUR – Sebanyak sembilan kes difteria dilaporkan berlaku dari 18 hingga 21 Julai lalu iaitu enam kes di Negeri Sembilan, dua di Pulau Pinang dan satu kes di Kedah.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, statistik terbaru itu menjadikan keseluruhan kes difteria sebanyak 24 kes termasuk lima kematian.

“Pecahan kes mengikut negeri adalah Kedah lapan kes dengan satu kematian, Negeri Sembilan tujuh kes dan tiada kematian, Sabah empat empat kes dengan tiga kematian, Melaka tiga kes dengan satu kematian dan Pulau Pinang dua dua kes dan tiada kematian.

“Sembilan kes baru ini berumur dalam lingkungan lapan hingga 50 tahun. Enam daripadanya memberi sejarah telah mendapat imunisasi difteria lengkap,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Noor Hisham berkata, kesemua kes baharu yang dilaporkan tersebut bagaimanapun dalam keadaan stabil, telah diisolasikan dan diberikan rawatan antibiotik.

Katanya, pertambahan kes difteria dalam kalangan orang dewasa menunjukkan bakteria Corynebacterium diphtheriae turut menyebabkan jangkitan kepada golongan itu.

Namun, katanya, kes dalam kalangan orang dewasa dengan sejarah imunisasi difteria yang lengkap tidak mengalami gejala teruk dan tidak memerlukan rawatan anti-toksin.

“Manakala risiko komplikasi jangkitan difteria kepada kanak-kanak khususnya yang tiada atau tidak lengkap imunisasi adalah tinggi,” katanya.


Justeru, beliau menyeru semua kakitangan kesihatan dan perubatan yang merawat pesakit agar sentiasa mengamalkan kebersihan diri termasuk memakai alat perlindungan diri khususnya topeng mulut dan hidung dan mengamalkan amalan membasuh tangan selepas merawat pesakit.

Katanya, orang ramai yang mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan disarankan agar memakai topeng mulut dan hidung bagi mengelakkan penyebaran bakteria dan virus melalui sekresi respiratori.

“Hendaklah sentiasa mengamalkan kebersihan diri termasuk etika batuk/bersin yang betul, elakkan keluar ke tempat awam (terutama tempat-tempat sesak) seperti pusat jagaan kanak-kanak, tadika dan lain-lain serta mendapatkan rawatan dengan segera sekiranya mengalami gejala tersebut.

“Ibu bapa dengan anak-anak di bawah umur tujuh tahun pula diseru untuk mendapatkan imunisasi 5-serangkai yang lengkap bagi mengelakkan jangkitan difteria dan komplikasinya,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori