Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Sejarah Pelan Imunisasi Malaysia...

KUALA LUMPUR - Masih sangsi dengan keberkesanan vaksin dan fungsinya yang menyelamatkan jutaan...

Apple Watch Diamond Ecstasy,...

APPLE telah mengumumkan bahawa variasi jam pintar mereka yang bersadur emas, dinamakan Apple...

Najis Burung Merpati Tiada...

PETALING JAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan dakwaan pencemaran najis burung merpati mungkin...

Ramadan: Perlis Sumbang RM4.5...

KANGAR - Kerajaan negeri Perlis memperuntukkan RM4.5 juta untuk 30,521 umat Islam di...

Seorang Maut, 5 Cedera Nahas Di Kampung Gajah

SERI ISKANDAR – Seorang lelaki maut manakala lima lagi cedera selepas dua kereta bertembung di Kilometer 6, Jalan Bota Kanan Kampung Gajah, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah Supt Aziz Hassan berkata Zamri Ismail, 57, meninggal dunia di tempat kejadian akibat patah rusuk kiri dan kanan serta paha kanan manakala isteri dan dua anak lelakinya cedera ringan.

Kemalangan pukul 1.30 tengah hari itu juga mengakibatkan seorang kanak-kanak berumur empat tahun, Mohhamad Syahmi Faris Zulazuwa, patah paha kiri manakala bapanya, Zulazuwa Zulkefli, 41, yang memandu Proton Persona, mengalami cedera ringan, katanya.

“Isteri dan dua lagi anak Zulazuwa tidak cedera,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Beliau berkata mayat Zamri dihantar ke Hospital Changkat Melintang manakala mangsa yang cedera dirawat di hospital yang sama.

Aziz berkata kemalangan berlaku apabila kereta jenis Proton Iswara yang dipandu Zamri dalam perjalanan dari Kampung Gajah menghala ke Bota Kanan, bertembung dengan Proton Persona dari arah bertentangan, semasa hendak memotong kenderaan di hadapannya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori