JAKARTA – Ketika umat Islam bergembira merayakan Hari Raya Aidilfitri, nasib malang menimpa seorang wanita berusia 21 tahun, Elin yang maut akibat didera kejam oleh suaminya sendiri.
Pada awalnya mangsa hanya mengalami lebam di bahagian muka akibat dipukul dengan tangan kosong oleh suspek dan geram dengan tindakan itu, Elin dikatakan membuat aduan di sebuah balai polis tempatan.
Media Indonesia melaporkan, Elin dalam aduan itu menyatakan kejadian tersebut menimpa dirinya ketika dia bersama-sama anaknya yang berkunjung ke rumah orang tuanya untuk menyambut Hari Raya Puasa.
Semasa membuat laporan, rupa-rupanya suami Elin turut mengekorinya dan menunggu hingga balik ke rumah, namun setibanya di lokasi kejadian terjadi sedikit pergaduhan mulut antara pasangan tersebut.
Akibat tidak dapat menahan emosi, lelaki berusia 23 tahun tersebut menghayunkan tangan mengenai wajah mangsa yang tidak sempat mengelak ketika wanita itu memegang anaknya yang masih lagi berumur 2 tahun.
Elin dilaporkan tersungkur ke tanah, namun sebaik melihat isterinya rebah, suspek tanpa belas kasihan menyepak bahagian kemaluan wanita itu hingga membuatkan mangsa menjerit kesakitan sebelum tidak sedarkan diri.
Setelah puas, lelaki berkenaan kemudian meninggalkan isteri dan anakya sebelum menyerahkan diri ke sebuah balai polis dengan mengaku bahawa dia sengaja menyepak kemaluan isterinya sebanyak enam kali.
Selain itu, suspek memukul wanita tersebut di bahagian pipi dan muka serta kepala. Elin yang dikejarkan ke sebuah hospital didapati mengalami pendarahan rahim yang teramat teruk hingga nyawanya gagal diselamatkan.
Sementara itu, jurucakap polis Prabumulih di Wilayah Sumatera Selatan, Andi Supriadi mengesahkan kes tersebut dan menjelaskan, suspek sudah membuat pengakuan dan menjalani proses hukuman. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA