Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Bot Tempur TLDM Dikhuatiri...

KUALA LUMPUR - Sebuah bot tempur Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dikhuatiri hilang...

Ribut Isis Tukar Nama...

GENEVA – Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO) berpusat di sini pada Jumaat akhirnya menukar...

Hasil Kutipan GST Diumum...

KUALA LUMPUR - Hasil kutipan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) setakat ini akan...

Lelaki Durjana Hempas Anak...

BEIJING - Berang gagal mendapatkan kembali wangnya untuk anak kucing yang dibeli bagi...

Serangan Dhaka: Dunia Perlu Bersatu Perangi Keganasan

KUALA LUMPUR – Serangan pengganas di sebuah kafe di Dhaka menunjukkan betapa dunia perlu digesa dengan suara lantang untuk bersatu memerangi keganasan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, kumpulan ekstremis tidak harus dibenarkan untuk berjaya dalam tindak-tanduk mereka.

“Saya menggesa kerajaan di seluruh dunia untuk menganalisa setiap maklumat dan berkongsinya dengan semua agensi perisikan kerana keganasan kini tiada batas sempadan, tidak ada had tetapi hanya bertujuan mencetuskan keganasan dan kemusnahan kepada masyarakat dan mereka yang tidak berdosa,” kata Najib menerusi catatan dalam laman Facebook beliau

Najib berkata pihak-pihak tertentu mungkin mendakwa bertanggungjawab terhadap tindakan keji ini atas nama Islam, tetapi bagi seorang yang benar-benar mengamalkan ajaran Islam, ia semata-mata untuk mempersendakan agama di bulan Ramadan yang mulia ini.

“Kita, sebagai umat Islam, mesti menolak kumpulan yang mencemarkan kesucian Islam. Biarkan diketahui bahawa keganasan tidak ada tempat dalam agama dan bangsa.


“Pengganas bukan Muslim dan mereka tidak mempunyai tempat dalam dunia Islam,”kata beliau.

Pada Sabtu, pasukan keselamatan Bangladesh dilaporkan telah menyelamatkan sekurang-kurangnya 13 tebusan dan menambak mati enam lelaki yang menyerang Holey Artisan Bakery yang popular di kalangan rakyat asing pada malam Jumaat. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori