Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Undi Penduduk Luar Bandar...

KUALA LUMPUR – Undi penduduk luar bandar boleh `dibeli’ dengan beras dan bekalan...

Polis Siasat Anggota Benarkan...

JOHOR BAHRU: Polis sedang menjalankan siasatan berhubung tindakan seorang anggota polis yang membenarkan...

Peniaga Kecil Perlu Usaha...

KUALA LUMPUR - Laporan yang mendakwa kononnya peniaga kecil mengalami kesukaran melakukan pendaftaran...

Angin Kencang Laut Bergelora...

KUALA LUMPUR - Angin kencang timur laut berkelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam...

Serangan Nice: Presiden Tambah Darurat 3 Bulan

PRESIDEN Perancis, Farncois Hollande memutuskan untuk melanjutkan tempoh darurat selama tiga bulan, susulan serangan pengganas di Nice yang mengorbankan nyawa puluhan orang awam, lewat Khamis.

Baca: Trak Rempuh Orang Ramai Di Nice, Perancis, Lebih 70 Maut

“Tempoh darurat, yang sepatutnya berakhir pada 26 Julai ini, akan dilanjutkan kepada tiga bulan lagi. Undang-Undang baharu akan dibentangkan ke Parlimen berkaitan hal ini,” kata Hollande.

Lanjutan tempoh darurat itu juga pernah dilaksanakan semasa serangan pengganas di ibu kota Paris pada November tahun lalu.

Sementara itu, Hollande turut mengutuk sekeras-kerasnya serangan pengganas tersebut dan meminta orang ramai agar lebih berhati-hati.

“Perancis secara keseluruhannya berada di bawah ancaman keganasan Islam, dalam keadaan ini kita perlu berwaspada dan bersungguh-sungguh  hingga pengakhiran,” katanya lagi.


Keputusan lanjutan itu dibuat ekoran puluhan nyawa orang awam terkorban apabila sebuah trak merempuh mereka ketika pertunjukan bunga api sempena sambutan Hari Bastille.

Dalam pada itu, Menteri Dalam Negeri, Bernard Cazeneuze mengesahkan angka kematian serangan di Nice itu telah meningkat kepada 80, manakala 18 yang lain berada dalam keadaan kritikal. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori