DALAMÂ dunia digital sekarang, segala maklumat atau aktiviti perlu disalurkan dengan pantas.
Maka tidak hairanlah telefon bimbit menjadi pilihan kerana ia bukan saja mampu menghasilkan gambar yang jelas, tetapi sistem pemprosesannya juga pantas apatah lagi bagi mereka yang sering mengemas kini status di laman sosial.
Kini, antara telefon pintar yang boleh menjadi pilihan ialah Samsung Galaxy A7.
Memiliki kelebihan dalam aspek merakam gambar sendiri atau selfie, sekali gus menunjukkan kamera depannya mantap dan sistem storan boleh dipercayai.
Ia dilengkapi ciri apetur f/1.9 untuk kedua-dua kamera depan dan belakangnya yang mana menjadikan peranti ini dapat digunakan dengan baik walaupun dalam keadaan kurang pencahayaan.
Sementara itu, kamera utamanya pula disertakan fungsi penstabil imej OIS agar imej dan video tidak kabur sewaktu merakam.
Dengan sistem storan 16 Gigabait (GB), ditambah pula dengan slot kad memori tambahan jenis MicroSD (sehingga 128GB), A7 membenarkan pengguna menyimpan sehingga beribu-ribu keping gambar di dalamnya.
Bukan itu saja, Samsung sebagai pengeluar terkemuka tampil inovatif dengan sistem storan berasaskan cloud yang ditawarkan kepada semua pemilik dengan kapasiti sehingga 100GB.
Bayangkan betapa seronoknya merakam gambar dan simpanlah sama ada di dalam telefon itu sendiri atau Cloud. Apa yang penting uruslah gambar berkenaan dengan sebaik-baiknya untuk mudah dicapai atau dicari.
Ini kerana kalau sudah terlalu banyak dan tidak diurus dengan baik, tanpa label dan sebagainya, proses carian menjadi agak sukar. – MYNEWSHUB.CC
Sumber: Phone Arena