Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Tahap Hutang Isi Rumah...

KUALA LUMPUR – Tahap hutang isi rumah pada 2019 dijangka kekal terkawal selaras...

4 Maut, Serangan Bunuh...

KABUL - Empat maut, manakala 20 lain cedera dalam serangan bunuh diri di...

MMC Gamuda Terima Penarafan...

KUALA LUMPUR - MMC Gamuda KVMRT Sdn Bhd (MMC Gamuda) yang merupakan kontraktor...

Hishammuddin Cabar Tun M...

LIPIS - Hishammuddin menyifatkan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bertanding di Pekan pada pilihan raya umum (PRU)...

Sindiket Dadah Tumpas, Kokain RM2.16b Dirampas

GLASGOW (Scotland) – Dua lelaki warganegara Turki telah didapati bersalah menyeludup lebih tiga tan dadah jenis kokain, di dalam apa yang dikatakan serbuan narkotik kelas A terbesar di United Kingdom.

Serbuan dadah bernilaiĂ‚Â Ă‚Â£500 juta (RM2.162 bilion) itu ditemui di dalam sebuah kapal bernama MV Hamal, 100 batu nautika daripada pinggir pantai Aberdeen pada April 2015.

Kapal yang telah diubah suai khas bagi tujuan penyimpanan kokain terbesar yang dijumpai di perairan Eropah itu dianggap sebagai salah sebuah kapal paling sofistikated pernah ditemui oleh pegawai penguatkuasaan narkotik.

Kapal penunda didaftarkan di Tanzania itu dihentikan oleh kapal perang tentera laut Diraja Britain HMS Somerset dan bot Valiant penguatkuasa kawalan sempadan Border Force pada April 23 tahun lalu, apabila dadah ditemui di dalam perut kapal berkenaan.

Mumin Sahin dan Emin Ozmen didapati bersalah melakukan operasi penyeludupan tersebut dalam keputusan majoriti di Mahkamah Tinggi Glasgow, Scotland.

Turut dituduh ialah Kayacan Dalgakiran, Mustafa Guven, Umit Colakel dan Ibrahim Dag pula bagaimanapun tidak dijatuhkan bersalah melalui keputusan majoriti mahkamah.

Serbuan itu tidak akan berjaya dilakukan jika Border Force dan Agensi Jenayah Kebangsaan (NCA) tidak diberi amaran awal oleh pihak kastam Perancis, DNRED, mengenai sebuah kapal yang sedang berlayar di perairan Britain dengan membawa jumlah dadah yang besar ketika itu.

Hamal telah menutup Sistem Identifikasi Automatik (AIS), yang bermakna kapal itu hanya boleh dikesan melalui pemerhatian dari udara serta dilakukan di Lautan Atlantik dan Laut Utara.

Pemeriksaan oleh HMS Somerset dan Valiant terhadap kapal Hamal itu mendapati bahawa terdapat satu lapisan plat logam yang digunakan sebagai penutup untuk melindungi satu ruang kering di dalam tangki balast kapal tersebut.


Oleh kerana ruangnya yang sempit, pegawai Border Force telah mengambil masa dua jam untuk memotong plat logam tersebut menggunakan penggerudi bagi mendapatkan kokain yang disembunyikan itu.

“Kapal tersebut telah diubah suai secara spesifik untuk menutupi ruangan kosong tersebut, seperti tangki di dalam tangki,” kata pengarah Border Force, Murdo MacMillan.

“Ini merupakan sesuatu yang amat sofistikated. Saya tidak rasa ramai orang yang mampu membina atau mengubah suai sesebuah kapal sama seperti apa yang telah dilakukan ke atas kapal Hamal ini.”

Dalam serbuan itu, sejumlah 128 bandela kokain dengan berat 3.2 tan berharga kira-kiraĂ‚Â Ă‚Â£500 juta (RM2.162 bilion) telah ditemui.

Sahin, 47, dan Ozmen, 51, dijatuhkan bersalah di atas kesalahan membawa dan melindungi kokain di atas kapal tersebut di antara 20 Februari dan 23 April 2015 serta juga atas kesalahan membekalkan kokain di antara tarikh 21 April dan 23 April 2015. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori