Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Yuna, Adam Sinclair Bakal...

PENYANYI wanita yang kini menempa nama di Amerika Syarikat, Yuna, dikatakan bakal mengikat...

Sempadan Darat & Maritim...

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail...

“Masa Jual 1 Kilo,...

TIDAK seperti kebanyakkan peniaga tempatan yang mempunyai lesen perniagaan, warga asing kini semakin...

Tubuh Kelab Sukan Woodball...

ARAU - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mencadangkan universiti di...

SPAD Gantung Lesen, Permit Qistna Express

SURUHANJAYA Pengangkutan Awam Darat (SPAD) memandang serius dengan kemalangan yang melibatkan bas Syarikat Qistna Express Sdn. Bhd. di Km265.8 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berhampiran Terowong Menora, pada Isnin lalu.

Berikutan itu, SPAS telah telah memulakan proses penggantungan lesen serta 26 permit bas yang dipegang oleh Qistna Express Sdn. Bhd.

Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Azharuddin Mat Sah berkata, pihaknya telah memulakan tindakan itu akibat pelanggaran syarat keselamatan mandatori berdasarkan laporan audit SPAD terhadap syarikat tersebut bertarikh 12 Julai 2016.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan badan berkuasa itu, tindakan itu diambil sementara menunggu hasil siasatan dari Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) yang sedang dijalankan.

SPAD juga berharap tindakan yang dikenakan kepada Qistna Express memberi peringatan tegas kepada pengendali bas ekspres lain untuk patuh Kod Amalan Industri (ICOP) SPAD setiap masa dalam mengutamakan keselamatan pengguna.


Sementara itu, SPAD turut memberi jaminan kepada orang ramai yang pihaknya akan terus bekerjasama dengan agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) untuk memastikan pengendali bas mengoperasikan kenderaan mereka dalam keadaan baik dan mematuhi segala peraturan lalu lintas dan keselamatan jalan raya.

Dalam kemalangan Isnin lalu, sebuah bas milik Qistna Express dilaporkan telah merempuh 10 kenderaan lain dipercayai berpunca daripada masalah teknikal atau kegagalan brek bas berkenaan. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori