Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

PPBM Bukan Pewaris UMNO...

PUTRAJAYA - Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bukan...

Sepang Menyaksikan Persaingan Sengit...

SEPANG : Kerusi Parlimen Sepang menyaksikan perlawanan sengit lapan penjuru apabila kesemua calon...

Pengedar Dadah Ditahan Polis...

SEREMBAN – Seorang lelaki disyaki pengedar dadah ditahan buat kali ke-15 dalam serbuan...

“Dompet Kita Tak Sebesar...

PUTRAJAYA - Kedudukan kewangan Malaysia tidak sebesar negara maju seperti Kanada yang mampu...

SPRM P.Pinang Tahan Pegawai Kanan ICU JPM

GEORGE TOWN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Pulau Pinang hari ini menahan seorang pegawai kanan Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) Pulau Pinang bagi siasatan kes salah guna kuasa.

Sumber berkata pegawai kanan itu ditahan di pejabatnya kira-kira pukul 12 tengah hari sebelum dibawa ke pejabat SPRM Pulau Pinang, di sini untuk diambil keterangan.

Lelaki itu ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes salah guna kuasa membabitkan satu projek membekalkan pakaian seragam bernilai kira-kira RM25,000 pada tahun 2013 ketika pegawai kanan berkenaan bertugas di sebuah lagi jabatan kerajaan, katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata pihak SPRM telah menjalankan siasatan berhubung kes itu sejak tahun lepas sebelum menahan pegawai kanan berkenaan hari ini.

Sumber itu berkata kes pegawai kanan berkenaan disiasat mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.


Sementara itu, Pengarah SPRM Pulau Pinang, Datuk M.Samarajoo ketika dihubungi Bernama mengesahkan tangkapan pegawai kanan itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori