Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Djokovic Tewas Mengejut Di...

PARIS - Novak Djokovic berdepan krisis terbesar dalam kariernya selepas kalah mengejut kepada...

Ahli UMNO Diingatkan Jangan...

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa mengingatkan ahli-ahli...

[RASMI] Salahuddin Ayub Menang...

JOHOR BAHRU : Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub menang kerusi Dewan...

Malaysia Perlukan Akta Hasutan...

SEREMBAN - Malaysia memerlukan Akta Hasutan 1948 bagi menjaga sensitiviti masyarakat pelbagai kaum...

Suami Baran Bogel Isteri Depan Rumah, Ditonton Jiran

KOTA BHARU – Suami sepatutnya bertanggungjawab menjaga keselamatan dan mempertahan maruah si isteri. Namun sebaliknya apa yang berlaku kepada satu pasangan di Kelantan ini.

Malang menimpa seorang wanita bersuamikan lelaki baran apabila dia terpaksa melalui detik ngeri dan paling memalukan dalam hidupnya selepas dibogelkan oleh si suami di hadapan rumah mereka.

Lebih mendukacitakan, insiden yang berlaku awal Jun lalu di Ketereh itu turut menjadi tontonan jiran tetangga.

Menurut mangsa berusia 31 tahun ini, ketika itu dia baharu selesai mandi namun tiba-tiba suaminya yang berang bertindak mengoyakkan baju serta mengheretnya ke hadapan rumah dalam keadaan seluruh tubuh badan terdedah tanpa seurat benang.

“Ketika itu saya bergantung (memeluk) pada kakinya, menyembahnya, merayu, namun dia tetap membiarkan saya di luar rumah dalam keadaan memalukan begitu.

“Saya dibiarkan begitu kira-kira 15 minit,” katanya.

Tambahnya, terdapat beberapa jiran tetangga dan orang ramai yang lalu-lalang di hadapan rumah melihat insiden itu, namun mereka turut berasa takut untuk membantu.

Terbaharu, ibu yang mempunyai seorang anak berusia tiga tahun ini didera pula secara fizikal hingga mengalami lebam pada paha dan lengan serta bengkak di muka dan dahi.

Mangsa mendakwa dipukul suami yang berusia 50 tahun itu pada 5.30 petang, 24 Jun lalu.

kesan dera


“Saya dipukul teruk sekali hanya kerana menukar namanya dalam telefon bimbit daripada suami kepada nama panggilan sahaja.

“Selepas kejadian itu, saya nekad membuat laporan polis bimbang perkara yang lebih buruk berlaku,” katanya.

Jelasnya, suaminya seorang yang bertanggungjawab dari segi perbelanjaan rumah serta menyayangi anaknya, cuma panas baran lelaki itu bertambah selepas berkahwin dengan seorang wanita lain, baru-baru ini.

“Saya sedar diri hanya seorang suri rumah, tidak berpelajaran, tidak berharta, orang susah selain hidup sebatang kara, namun, tidak wajar saya menjadi mangsa pukul.

“Jangan fikir apabila cukup memberi nafkah, kemudian suami boleh memperlakukan sesuka hati pada isteri. Hinggakan saat ini saya berasa trauma dengan kejadian yang menimpa diri,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Suprintendan Setapa Yusoff mengesahkan menerima laporan kejadian tersebut. – MYNEWSHUB.C

Sumber: Sinar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori