Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Jangan Layan Lynas Sebagai...

KUALA LUMPUR - Lynas Malaysia Sdn. Bhd., syarikat perlombongan nadir bumi, tidak wajar...

Terbaru, Calitan Biru Di...

Kemodenan teknologi semakin hari semakin rancak dengan pelbagai penemuan baru yang memberi seribu kebaikan.Lihat...

Jaga Barang Berharga Ketika...

KEMAMAN:  Polis Terengganu mengingatkan orang ramai yang berkunjung ke rumah saudara mara dan rakan...

Hudud: Berilah Masa, Ruang...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri tidak sepatutnya didesak supaya membuat kenyataan tentang pelaksanaan...

Suasa Airlines Langgar Akta Penerbangan Awam – Liow

SEPANG – Suasa Airlines Sdn Bhd (Suasa Airlines) telah melanggar akta penerbangan awam, termasuk membawa penumpang berbayar di dalam ‘penerbangan pertunjukan’ dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Langkawi, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata syarikat penerbangan itu beroperasi tanpa memperoleh Permit Perkhidmatan Udara (ASP) daripada Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom), iaitu keperluan untuk mengendalikan penerbangan komersial.

“Sungguhpun Suasa Airlines telah mendapat ‘kelulusan teknikal’ daripada DCA (Jabatan Penerbangan Awam) dalam bentuk AOC (Sijil Pengendali Udara) pada 22 Julai, namun itu bukanlah kebenaran bagi syarikat itu untuk memulakan penerbangan secara komersial,” kata Liow kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, beliau merasmikan Persidangan Bersama Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO)-Pertubuhan Kastam Sedunia (WCO) mengenai Mempertingkatkan Keselamatan dan Kemudahan Kargo Udara di sini hari ini.

Dalam kenyataan semalam, Ketua Pengarah DCA Datuk Seri Azharuddin Abd Rahman berkata Suasa Airlines tidak seharusnya mengendalikan sebarang operasi pengangkutan udara komersial tanpa kelulusan daripada AOC dan ASP.

Liow berkata ketika Suasa Airlines memohon untuk melakukan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Langkawi, ia hanyalah penerbangan pertunjukan dan bukannya penerbangan komersial.

“Bagaimanapun Mavcom menerima aduan daripada orang awam bahawa itu adalah penerbangan komersial. Justeru, ia melanggari akta, (Akta Penerbangan Awam 1969). Sebab itulah Mavcom menyiasat kes ini dan membuat laporan polis.

“DCA turut mengeluarkan surat tunjuk sebab semalam. Biarlah siasatan berjalan,” katanya.

Liow berkata pesawat Suasa Airlines yang ditandakan sebagai ‘Monspace Suasa Airlines’ dan ‘www.monskyways.com’ adalah satu lagi pelanggaran yang akan disiasat.


“Kesalahan ini adalah serius. Kementerian Pengangkutan memandang serius perkara ini oleh kerana ia melibatkan keselamatan negara,” katanya.

Azharuddin, dalam kenyataan semalam, berkata DCA tidak mengeluarkan sebarang AOC, sama ada kepada Monspace Airlines atau Monspace Sky Airlines.

Laporan menyebut bahawa Suasa Airlines telah memfailkan permohonan kepada Mavcom, yang diwujudkan pada 1 Mac untuk mengawal selia urusan ekonomi dan komersial berkaitan dengan penerbangan awam, untuk mengendalikan penerbangan komersial dari Kuala Lumpur ke Langkawi pada 22 Julai tetapi ditolak oleh Mavcom.

Bagaimanapun, menurut Mavcom, syarikat penerbangan itu pada hari sama memohon untuk mengendalikan operasi ‘penerbangan pertunjukan’ dari KLIA ke Langkawi.

Semalam, Mavcom membuat laporan polis terhadap Monspace Sky Airlines kerana mengelirukan orang ramai oleh kerana syarikat itu tidak memiliki ASP tetapi memasarkan dirinya sebagai sebuah syarikat penerbangan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori