BEKAS ahli kumpulan In-Team, Suhaimi Saad, membuat pendedahan bahawa keempat-empat anaknya tidak pernah menerima suntikan imunisasi vaksin malah menjadikan bacaan al-Quran sebagai penawar.
“Empat orang anak saya tidak divaksin. Saya tak suka. Tapi anak orang lain, terpulang. Tiada halangan,†tulisnya di salah satu posting di Facebooknya.
“Bila anak sakit, saya ambil air dan bacakan ayat al-Quran. Beri minum atau sapu pada tempat sakit,†tambahnya.
Pengakuan yang dimuat naik itu telah menimbulkan pelbagai reaksi sama ada positif atau negatif daripada netizen.
Menerusi pencarian Mynewshub di Facebook milik Suhaimi, posting berkenaan telah dikongsi lebih tiga ribu kali dan menerima tanda suka lebih daripada 12 ribu.
Berikut merupakan reaksi sinis daripada pengguna Facebook Malaysia yang mengecam pandangan anti-vaksin Suhaimi:
“Bini beranak sendiri kat rumah ke camne? Lepas beranak terus ketip pakai stapler? Pathetic human everywhere,” tulis salah seorang netizen bernama Bella Md. Yusoff.
Manakala Adli Dusun Raja pula menulis, “takpelah kalau macam tu…. itu pilihan sedara…. kalau boleh sedara carilah pulau-pulau yang jauh dari masyarakat…. kami tak nak anak-anak kami mudah terkena penyakit… dan jangan salahkan masyarakat kalau anak anda nanti dipulau oleh komuniti.”
Difahamkan statistik Kementerian Kesihatan sehingga penghujung Jun menunjukkan 13 kes disahkan difteria dengan melibatkan lima kes kematian dari seluruh negeri di Malaysia. – MYNEWSHUB.CC