Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Ahmad Zahid Jamin Rawatan...

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari...

5 Ditahan Serang Pesuruhjaya...

KUALA LUMPUR - Lima individu ditahan manakala empat lagi sedang diburu polis selepas...

Jijik! Puluhan Lipas ‘Sorok’...

HARI ini, jarang sekali melihat rumah mempunyai telefon talian tetap. Kebanyakan orang menggunakan telefon...

Operasi Mencari, Menyelamat Kamaliah...

GERIK : Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang kanak-kanak perempuan Orang Asli yang...

Suspek Bergelar ‘Datuk’ Berada Di Luar Negara

KUCHING – Polis mengesahkan seorang suspek bergelar ‘Datuk’, yang diburu berikutan kes pembunuhan Setiausaha PKR cawangan Miri, Bill Kayong atau nama Islamnya Mohd Hasbie Abdullah, dipercayai berada di Australia.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, SAC Dev Kumar M.M. Sree Shunmugam berkata suspek melarikan diri ke luar negara pada 23 Jun, dua hari selepas kejadian.

“Kita akan menggunakan saluran undang-undang yang ada untuk membawa suspek balik ke negara ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Ketika ditanya mengenai dua lagi suspek yang juga sedang diburu, Dev Kumar berkata mereka berdua dipercayai masih berada di dalam negara dan usaha mengesan terus giat dilakukan.

Pada Jumaat (15 Julai), dua lelaki yang ditahan berhubung pembunuhan Kayong dihadapkan di Mahkamah Majistret Miri.


Mohamad Fitri Pauzi, 29, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh Kayong, 43, pada 21 Jun kira-kira 8.20 pagi di persimpangan lampu isyarat berhampiran pasaraya E-Mart Jalan Miri-Bintulu.

Tertuduh kedua, Lie Chang Loon, 37, didakwa bersubahat dengan Mohamad Fitri mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 302 kanun sama. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori