Tuesday, December 3, 2024

Creating liberating content

Padah Hina Yang Di-Pertua...

TINDAKAN lelaki menghina dan memburuk-burukkan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin melalui...

Comelnya… Penternak Ini Miliki...

JIKA kebiasaannya kerbau memiliki warna kelabu atau coklat, namun berbeza pula pada seekor...

GAMBAR: Beruang Sesat Masuk...

PENDUDUK Sungai Besar, Sabak Bernam gempar dengan kemunculan seekor beruang matahari yang berkeliaran...

Mercun, Bunga Api Bernilai...

PASIR PUTEH, 5 Julai - Polis Kelantan merampas mercun dan bunga api bernilai...

Tanggung Dosa Sebar Tuduhan Tidak Benar – PAS

KUALA LUMPUR – “Berhati-hatilah untuk berkongsi info pemberitaan bersifat pertuduhan meskipun betapa bencinya kita kepada yang dituduh,” kata Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Dr. Khairuddin Aman Razali.

Menurut beliau, umat Islam wajar berasa bimbang andai tidak tertanggung dosa nanti di alam kubur kelak jika berita yang disebarkan itu tidak benar.

Malah, tegas beliau, amalan tersebut jika berterusan boleh merosakkan struktur masyarakat negara ini dalam tempoh panjang.

“Islam telah menggariskan cara hidup bermasyarakat yang harmoni dengan pelbagai peraturan. Antaranya ialah pembuktian kepada kesalahan.

“Hari ini pertuduhan jenayah yang disertakan dengan bukti oleh pihak yang menuduh terus dianggap sebagai satu kesalahan jenayah kerana telah dihukum oleh masyarkat menerusi pemberitaan dan ulasan pemberitaan.

“Setelah bertahun-tahun kemudiannya ternyata bukti yang dirasakan sebagai bukti rupanya bukanlah bukti. Tapi sayang dia dilepaskan selepas dihukum bersalah selama bertahun-tahun oleh masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook hari ini.


Justeru, Khairuddin berkata, umat Islam negara ini wajar mempersoalkan apakah status dosa masyarakat yang menuduh itu jika tuduhan yang disebarkan mereka itu salah.

Kata beliau, bukankan perbuatan itu melibatkan hak kehormatan pihak yang dituduh dan masyarakat perlu meminta maaf jika mahu selamat di akhirat kelak.

“Kita bertanggungjawab membetulkan kesilapan ini agar tidak bertambah lagi senarai tertuduh yang dizalimi akibat hukuman oleh media dan masyarakat sebelum masanya,” kata beliau. – MYNEWSHUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • PAS

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori