Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Patriot Puji Keputusan Salahuddin...

KUALA LUMPUR - Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) menyifatkan kenyataan Menteri Pertanian dan Industri...

Lelaki Dapat Ganjaran RM5,000...

VIRAL di laman page Warga Kuantan apabila seorang lelaki bernama Jolo Ko Mung...

Peguam Jangan Pandang Remeh...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) membidas tindakan segelintir peguam yang mempersoalkan...

Kisah Hebat Ketupat Lahir...

TAHUKAH anda, makanan tradisional Melayu bernama ketupat, suatu hidangan yang dianggap begitu purba...

Teater Lela Manja Sarat Mesej Dan Nilai-Nilai Murni

TEATER Lela Manja merupakan buah tangan pertama Creative Impact Solution yang diadaptasikan daripada filem Melayu klasik Lela Manja arahan Datuk Jamil Sulong sekitar era 1960-an dahulu.

Kini filem klasik itu telah diangkat dan dipersembahkan dalam bentuk teater untuk tontonan generasi muda mahupun lama.

Krew Mynewshub antara salah seorang daripada penonton bertuah yang berpeluang menyaksikan sendiri naskhah arahan Ramli Lani di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 22 Julai lalu.

Secara keseluruhannya, teater Lela Manja sarat dengan mesej dan nilai-nilai murni sama ada tersirat mahupun tersurat.

Meskipun ia adalah adaptasi daripada filem klasik, namun kisah yang disampaikan adalah situasi yang sering berlaku dalam kehidupan seharian.

Lakonan mantap beberapa pelakon tanah air seperti Nabila Huda sebagai Dang Suri yang merupakan watak antagonis di dalam naskhah tersebut berjaya disampaikan dengan jayanya.

Teater Lela Manja Sarat Mesej Dan Nilai-Nilai Murni
Gambar: Ihsan Istana Budaya

Selain Nabila Huda, pelakon cilik iaitu Izzya Reen dan Wafiy yang memegang watak Lela dan Manja sewaktu kecil berjaya mencuit emosi penonton saat dikasari oleh ibu tirinya iaitu Dang Suri.

Manakala Lela dan Manja sewaktu dewasa digalas oleh Sari Yanti dan Aeril Zafrel. Watak Megat Komeng, lakonan Jay Iswazir pula ‘sampai’ kepada penonton.

Daripada seorang yang taat dan patuh kepada raja, dia bertukar menjadi seorang yang menderhaka kerana ingin membalas dendam atas kematian bapanya iaitu Megat Sura.

Teater Lela Manja Sarat Mesej Dan Nilai-Nilai Murni

Selain lakonan mantap daripada barisan pelakon, set yang direka untuk teater ini sangat ‘mewah’ dan cantik berlatar belakangkan suasana kampung.

Ia menampakkan kesungguhan pengarah dalam menghidupkan situasi dan meraih perhatian penonton. Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa kelemahan yang nyata sewaktu pementasan teater itu berlangsung.

Teater Lela Manja Sarat Mesej Dan Nilai-Nilai Murni


Antara kelemahan yang ketara ialah set yang berskala besar menyebabkan proses peralihan menjadi perlahan sehinggakan ia menjejaskan emosi dan momentum persembahan tersebut.

Manakala unsur jenaka yang diselitkan di dalam teater tersebut, seolah-olah kurang ‘menyengat’ dan perlu digilap lagi supaya penonton lebih terhibur.

Bagaimanapun, kelemahan itu berjaya ‘dikaburi’ dengan persembahan mantap daripada Nabila Huda, Jay Iswazir dan beberapa lagi yang sudah tidak asing dengan arena teater.

Selain dialog yang dilontarkan sarat dengan mesej, lagu-lagu yang dipersembahkan juga berjaya menghiburkan dan menyentuh emosi penonton. Lenggok seni tari yang dipersembahkan juga kemas dan penguasaan pentas yang bagus.

Antara elemen lain yang patut dipuji ialah, seni mempertahankan diri oleh para watak dikareograf dengan baik sekali oleh Rudy De Luna Jr.

Teater Lela Manja Sarat Mesej Dan Nilai-Nilai Murni

Teater Lela Manja Sarat Mesej Dan Nilai-Nilai Murni

Oleh itu, bagi peminat filem atau teater klasik, anda harus menonton naskhah hebat ini. Ianya sesuai untuk sesuai lapisan umur memandang terdapat banyak nilai murni dan mesej yang boleh diambil daripada teater tersebut. Selain mendidik generasi muda untuk memartabatkan seni klasik ke persada antarabangsa.

Siri kedua tetaer ini akan berlangsung pada pada 29 dan 30 Julai ini jam 8 malam, manakala pada 31 Julai, jam 3 petang.

Harga tiket bermula RM30 hingga RM250, boleh didapati di kaunter Istana Budaya atau tempahan boleh dibuat di www.AirAsiaRedTix.com. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori