Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Wisma Putra Hantar Surat...

KUALA LUMPUR : Kementerian Luar memaklumkan Wisma Putra akan mula menghantar surat rasmi...

4 Terselamat, Heli PDRM...

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Empat orang yang menaiki helikopter Polis Diraja Malaysia (PDRM)...

Trend Jaja Jualan Di...

PELBAGAI cara dan gaya pemasaran digunakan peniaga mahupun penjaja masa kini bagi menarik...

2 Guru Tadika Didakwa...

MELAKA - Dua bekas guru pusat asuhan kanak-kanak mengaku tidak bersalah di Mahkamah...

Tempat Muhyiddin Dalam Dewan Rakyat Akan Berubah

TEMERLOH – Tempat duduk bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di dalam Dewan Rakyat akan dipindahkan ke kawasan blok bebas pada pengggal persidangan Oktober ini ekoran pemecatannya daripada UMNO.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Ismail Mohamed Said berkata Muhyiddin dicadang diletakkan di blok sama dengan bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang merupakan Anggota Parlimen Bandar Tun Razak.

Bagaimanapun keputusan pertukaran tempat duduk itu akan ditentukan oleh Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia, katanya.

“Pada masa ini pembahagian kedudukan wakil rakyat di dalam Dewan Rakyat dibahagikan kepada tiga iaitu blok Barisan Nasional (BN), blok pembangkang dan blok bebas.

“Kelazimannya mana-mana wakil rakyat yang keluar atau dipecat daripada sesuatu parti akan diletakkan di kawasan blok bebas,” katanya kepada pemberita pada majlis penutup tadarus al-Quran bagi peserta lelaki kawasan Parlimen Kuala Krau di Masjid An-Nur di sini hari ini.


Turut hadir ialah Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jenderak dan Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO Pahang Senator Norehan Abu Bakar.

Ismail yang juga Anggota Parlimen Kuala Krau menjelaskan bahawa tempat duduk Anggota Parlimen Semporna Datuk Seri Mohd Shafie Apdal masih kekal memandangkan beliau hanya digantung daripada parti.

Baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemecatan Muhyiddin dan bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir daripada UMNO berkuat kuasa serta merta kerana melanggar disiplin parti. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori