Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Jakarta Dilanda Banjir

JAKARTA - Hujan lebat sejak semalam sehingga pagi ini, mengakibatkan beberapa kawasan di...

“Saya Memang Tak Putih...

PENYANYI, Siti Sarah secara tiba-tiba jadi bualan hangat selepas sekeping gambar dia bersama...

Pusaka Unik Warisan Suku...

JAKARTA – Tidak ramai tahu Islam telah lama masuk ke bumi Papua lebih 500...

Keputusan Penuh Liga Europa

PARIS - Berikut keputusan penuh perlawanan bola sepak Liga Europa 2018-19, awal pagi...

Terengganu Umum Cuti Peristiwa 10 Julai Ini

KUALA TERENGGANU – Kerajaan Terengganu hari ini mengumumkan 10 Julai ini sebagai cuti peristiwa kepada kakitangan kerajaan negeri jika Aidilfitri disambut pada 6 Julai.

Menteri Besar Ahmad Razif Abdul Rahman berkata cuti berkenaan diluluskan bagi memudahkan urusan dalam meraikan sambutan Hari Raya khususnya buat petugas yang bukan berasal dari negeri ini.

“Hari ini kita bersetuju mengikut keputusan kerajaan persekutuan yang mengisytiharkan Jumaat (8 Jun) ini sebagai cuti umum (jika Aidilfitri disambut pada Rabu). Jadi kita umumkan 10 Jun ini sebagai cuti umum bagi negeri Terengganu.

“Ini kerana negeri-negeri di Pantai Barat cuti pada Ahad. Dengan cuti ini memudahkan urusan mereka menyambut Hari Raya dan tidaklah mereka terkejar-kejar untuk pulang ke sini semula sekaligus mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat dan menyampaikan sumbangan kerajaan negeri kepada pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015 yang mengalami kecacatan fizikal, Nor Melisa Mohd Yadi di Kampung Losong, dekat sini, hari ini.


Ahmad Razif berkata Yayasan Terengganu bersetuju memberikan bantuan kepada Nor Melisa yang kini menuntut di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan kakaknya Nor Selina, 19, penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau bagi mengurangkan beban perbelanjaan mereka di universiti.

“Sebelum ini Melisa dan kakaknya tidak menerima bantuan tersebut disebabkan ibunya bukan rakyat tempatan, namun bapa mereka rakyat Terengganu. Jadi setelah melihat keperluan mereka dan kesusahan yang dialami kerajaan negeri bersetuju untuk memberikan bantuan tersebut,” katanya.

Ahmad Razif berkata kerajaan negeri juga akan menggantikan kerusi roda Nor Melisa yang kini telah uzur untuk kemudahannya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori