SEORANG pengguna Facebook, Nurulainey Halim menerusi posting di laman Facebooknya meluahkan rasa marah dengan kejadian baru-baru ini berlaku kepada anaknya yang baru berumur 10 tahun.
Mana tidaknya, ketika dia memerika telefon bimbit anaknya, alangkah terkejutnya wanita itu apabila mendapati anaknya itu hampir menjadi mangsa lelaki pedofil.
Nurulainey bertindak memuat naik perbualan antara lelaki hidung belang berkenaan dengan anaknya di mana lelaki itu dilihat sedang mengumpan anak lelakinya itu untuk diberikan permainan PSP jika dia berikan gambar kemaluannya.
Jom kita baca screenshot yang dimuat naik oleh puan Nurulainey di mana memaparkan perbualan lelaki berkenaan dan anaknya.
Menurut Nurulainey, ada yang mengecam tindakannya memberi telefon bimbit kepada anak seawal umur 10 tahun, namun baginya tindakan memberi telefon bimbit kepada anaknya adalah kerana soal keselamatan.
Ini kerana  kehidupan pada masa kini yang mencabar membuatkan kedua ibu bapa perlu bekerja, jadi masa anak-anak di rumah semasa keluar bekerja tidak dapat dipantau, jadi baginya telefon bimbit adalah alat komunikasi terbaik. -MYNEWSHUB.CC