Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Denda Ingkar PKP Malaysia...

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyelar hukuman pelanggaran...

Hanez Suraya & Suami...

MUNGKIN gara-gara episod hitam satu ketika dahulu sebelum berkahwin dengan suaminya kini, ramai...

Maritim Malaysia Rampas 228...

SEPANGGAR - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) merampas sebanyak 228 ikan yu...

Waspada Dakyah Meraikan Kepelbagaian...

KUALA LUMPUR - Malaysia merupakan negara Islam yang berbilang bangsa dan agama dan...

Letupan Madinah: Tiada Rakyat Malaysia Jadi Mangsa

KUALA LUMPUR – Tiada rakyat Malaysia dilaporkan menjadi mangsa dalam insiden letupan di perkarangan Masjid Nabawi di Madinah, Arab Saudi, semalam yang menyebabkan empat orang maut manakala lima lagi cedera.

Wisma Putra dalam satu kenyataan hari ini berkata pihaknya dan Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah akan memantau perkembangan berhubung insiden itu dari semasa ke semasa.

“Kementerian Luar Negeri ingin mengesahkan bahawa tiada rakyat Malaysia terlibat dalam kejadian itu,” kata kenyataan itu.

Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi dalam satu kenyataan berkata serangan itu berlaku ketika orang ramai sedang menunggu waktu berbuka puasa.


Letupan di perkarangan Masjid Nabawi itu merupakan yang ketiga dalam siri pengeboman bunuh diri di Arab Saudi semalam. Dua lagi letupan masing-masing berlaku berhampiran Konsulat Amerika Syarikat di Jeddah dan kawasan penempatan Syiah Qatif. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori