Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Hai ‘Pelajar Manja’ Sekalian,...

PERKARA panas yang akhir-akhir ini mendapat perhatian pengguna media sosial sudah tentunya kes...

Anwar Umum Inisiatif Tambahan...

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan beberapa inisiatif tambahan dalam...

Misteri Puluhan Anjing Di...

TOKYO – Jika di Malaysia, nasib anjing mungkin adalah lebih baik apabila sanggup...

Apa Kaitan Perebutan Kuasa...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan kaitan...

Kebakaran: Tiga Beranak Nyaris Rentung

KUALA PILAH – Kepantasan bomba tiba di lokasi dalam tempoh lima minit berjaya menyelamatkan tiga beranak daripada rentung apabila sebuah rumah dua tingkat di Taman Desa Aman di sini, musnah dalam kebakaran.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian jam 3.29 pagi sebelum dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah dan Bahau bersama 13 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, pasukan diberitahu tujuh penghuni rumah berjaya keluar dengan bantuan jiran, namun tiga beranak yang tidur di bilik bahagian atas masih terperangkap. Pasukan bertindak pantas mengawal kebakaran dari merebak dan berusaha menyelamatkan tiga mangsa terbabit.

“Dua anggota bomba masuk ke bilik di tingkat atas melalui tingkap dan menemui ketiga-tiga mangsa tidak sedarkan diri dipercayai akibat sesak nafas. Mangsa berjaya diselamatkan dan dibawa keluar sebaik api dipadamkan,” katanya.

Beliau berkata, tiga beranak iaitu Mohd Shahrulnizam Yahya, 38, isteri Suhailiza Shamsuddin, 38, dan anak lelaki mereka Adam Airil, 7, dikejarkan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) untuk menerima rawatan. – myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori