Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Buruh Binaan Maut Dihempap...

SEORANG pekerja warga Bangladesh maut akibat terperangkap di bawah runtuhan lantai bangunan yang...

Pelajar ‘Memberontak’ Tak Pakai...

AKIBAT bengang ditegur pengetua sekolah kerana tidak memakai coli, seorang pelajar Sekolah Tinggi...

Remaja Cemas Tersangkut Buaian...

BIDOR: Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun diselamatkan anggota bomba selepas tersangkut pada...

Anak Maria Chin Abdullah...

ANAK lelaki kepada Anggota Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah cedera ditikam seorang...

Tiga Rakyat Indonesia Diculik Di Lahad Datu

KOTA KINABALU – Tiga warga Indonesia dipercayai diculik lima lelaki bersenjata di Lahad Datu, lewat malam Sabtu, kes penculikan terbaharu yang menggemparkan dunia.

Kesemua mangsa dipercayai diculik dari sebuah kapal tunda kira-kira pukul 11.40 malam Sabtu.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abdul Rashid Harun berkata satu sidang media di Lahad Datu akan diadakan petang Ahad tanpa mendedahkan maklumat terperinci mengenainya.

Pada 20 Jun lalu, tujuh anak kapal warga Indonesia diculik kumpulan Abu Sayyaf di Laut Sulu.

Abu Sayyaf merupakan kumpulan militan yang terkenal dengan kegiatan penculikan warga asing serta menuntut wang tebusan yang tinggi.


Pada April lalu kumpulan tersebut turut menculik empat rakyat Malaysia di perairan sama tetapi kesemua mangsa dibebaskan bulan lalu. – mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori