Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Mangsa Rebah Disahkan Warga...

JOHOR BAHRU - Seorang penunggang motosikal yang meninggal dunia di atas motosikalnya kelmarinĀ dipercayai...

Aliff Aziz Belasah Bini,...

KECOH terkini digemparkan dengan isu Aliff Aziz memukul isterinya, Bella Astillah berikutan penyanyi...

Warga Emas Indonesia Sah...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan bahawa seorang warga Indonesia telah...

“Luka Lama Takkan Pudar,”...

KUALA LUMPUR - ā€œSelagi ada kesan melecur pada tubuh Jannah, selama itulah saya...

Tindakan Naib Ketua Pemuda UMNO Bukan Pendirian Pemuda

BATU PAHAT – Tindakan Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun membuat laporan polis berkaitan dakwaan wujudnya konspirasi untuk menggulingkan Perdana Menteri adalah bersifat individu, bukannya pendirian sayap parti itu.

Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin berkata laporan itu dibuat atas kapasitinya sebagai seorang individu kerana mempunyai maklumat tertentu yang telahpun dikongsi bersama polis dalam keterangannya.

“Kita serah kepada polis untuk buat siasatan lanjut. Seperti yang Perdana Menteri sudah sebut, laporan polis yang dibuat (oleh Khairul Azwan) adalah sebagai individu,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan FIT Malaysia Fasa II Johor di Stadium Batu Pahat di sini hari ini.

Khairy, yang juga Menteri Belia dan Sukan, berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan naibnya membuat laporan polis sama ada ia adalah pendirian Pemuda UMNO ataupun persendirian.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tindakan Naib Ketua Pemuda UMNO itu adalah tindakan peribadi bukannya parti dan Khairul Azwan mempunyai hak untuk membuat laporan polis.


Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dilaporkan sebagai berkata keterangan Khairul Azwan diambil di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pagi semalam dan siasatan masih diteruskan berhubung perkara itu.

Selasa lepas, Khairul Azwan membuat laporan polis terhadap tiga orang yang didakwanya terbabit dalam konspirasi menggulingkan Najib dan kerajaan Malaysia.

Mereka yang dinamakannya ialah bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail; bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Abu Kassim Mohamed. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori