Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Pinda Akta Rumah...

SERDANG - Kerajaan akan meminda Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 bagi membolehkan tindakan...

Real Madrid Tumbang Lagi

MADRID - Real Madrid mungkin tidak mampu mencabar kejuaraan La Liga musim ini...

Zii Jia Tinggalkan BAM...

KUALA LUMPUR : Pemain perseorangan utama negara, Lee Zii Jia menafikan dakwaan segelintir...

Mayat 2 Beradik Lemas...

SUNGAI SIPUT - Mayat dua beradik yang lemas di Jeti Batu Musafat di...

Tips Mencegah Kecurian Kenderaan

MUNGKIN ada di antara kita yang pernah kehilangan kenderaan.

Pencuri sanggup berbuat apa sahaja untuk mendapatkan kereta yang mereka ingini tetapi faktor utama berlaku kecurian juga disebabkan kecuaian si pemilik kenderaan sendiri.

Antaranya meletakkan kenderaan di tempat terpencil atau gelap pada waktu malam, tidak dikunci dan meninggalkan barangan berharga di dalam kenderaan.

Berikut, tips mencegah kecurian kereta yang lain:

1. Pastikan kereta dipasang dengan alat penggera keselamatan yang baik.

2. Letakkan kereta anda di tempat yang mudah dilihat pada waktu malam. Juga pilih tempat yang terang berlampu bagi memudahkan orang lain melihat sekiranya berlaku sesuatu.


3. Memasang kunci tambahan untuk stering, gear, roda dan klac. Mungkin ianya dianggap remeh tetapi sebenarnya dapat melengahkan masa pencuri. Pastikan juga kereta sentiasa dikunci.

4. Sekiranya anda mempunyai duit yang lebih, seelok-eloknya pasanglah sistem keselamatan GPS. Sistem ini mungkin agak mahal tetapi ternyata amat berkesan dalam mencari kereta yang hilang. Pastikan anda memasangnya di tempat-tempat pemasangan yang bertauliah. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori