Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Lepas 11 Tahun, Sasha...

SELEPAS hampir 11 tahun album Kerana Cinta nyanyian Sasha Saidin dihasilkan, kini dia...

Orang Melayu Masih Tidak...

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menggesa orang Melayu sedar...

Datuk Bandar KL Minta...

KUALA LUMPUR - Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mhd Amin Abd Aziz mahukan...

Dua Rakan Sekerja Maut...

SEREMBAN - Dua rakan sekerja maut dalam nahas membabitkan lima kenderaan di Kilometer...

TMJ Sindir Wartawan Sukan Tempatan

KUALA LUMPUR – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim seolah-olah menyindir peranan para wartawan sukan tempatan dalam melaporkan perihal sebenar tentang kedudukan sebenar pasukan bola sepak kebangsaan.

Baginda yang juga pemilik pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) membuat sindiran secara tidak langsung itu dalam ucapan tahniah baginda ke atas Persatuan Bolasepak Singapura (FAS) dalam usaha memperbaiki kedudukan ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

“Saya mengucapkan tahniah kepada FAS dan pasukan kebangsaan mereka. Mereka telah mengambil pendekatan yang betul dan melakukan tindakan yang sewajarnya untuk meningkatkan kedudukan pasukan mereka dalam ranking FIFA.

“Tahniah juga kerana tidak memberikan wang membeli-belah dan tiket-tiket percutian percuma kepada pengacara-pengacara TV, pengamal-pengamal media, penulis blog sukan tempatan dan penganalisis sukan agar mereka tidak mengkritik pasukan kebangsaan atau melaporkan kebenaran kepada penyokong,” titah baginda dalam ucapan itu hari ini.

Terdahulu, Tunku Ismail bertitah, pemain pasukan kebangsaan Singapura hanya berada seminggu dalam pasukan tersebut untuk bermain dua perlawanan persahabatan dan kemudiannya telah kembali melaporkan diri kepada kelab masing-masing.


Titah baginda, situasi itu pasti menyebabkan mereka tidak berpeluang mengambil kesempatan untuk mendapat percutian percuma yang ditaja sepenuhnya sepanjang bulan Ramadhan ini.

“Tambahan lagi, saya tidak pernah nampak dalam mana-mana pasukan dimana kakitangan skuad lebih ramai dari pemain seperti mana yang saya lihat dalam sebuah pasukan baru-baru ini,” titah TMJ. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori