Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Mayat Budak Lemas Ditemukan...

BACHOK - Seorang kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang ketika mandi bersama keluarganya di...

Kedai Dobi 24 Jam...

SIBU - Sebuah kedai dobi layan diri 24 jam di Lorong Lanang 2...

Kerajaan Teliti Pelbagai Faktor...

SABAK BERNAM - Kerajaan sedang meneliti semua faktor berkaitan isu pemotongan dan pemutuan...

Ahmad Zahid Lakukan Lawatan...

NEW DELHI - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi akan...

TPM Percaya Kumpulan Sama Terbabit Penculikan

NEW DELHI – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi percaya kumpulan penculikan bagi mendapatkan wang tebusan yang berpangkalan di selatan Filipina mendalangi insiden penculikan terbaharu di perairan Sabah.

“Setakat ini, tiada tuntutan wang tebusan diterima daripada mana-mana pihak tetapi saya percaya penculikan terbaharu itu didalangi kumpulan sama yang terlibat dalam siri penculikan rakyat Malaysia dan pelancong asing sejak beberapa tahun lepas,” katanya di sini pada Selasa.

Ahmad Zahid, yang tiba di New Delhi pada Ahad untuk lawatan kerja tiga hari ke India, berkata demikian kepada wartawan Malaysia selepas menerima kunjungan hormat Setiausaha Agung Parti Bharatiya Janata, Ram Madhav, dan Menteri Perusahaan Negeri Telengana, K.T Rama Rao.

Laporan menyatakan bahawa sebuah bot tunda kosong dengan enjinnya masih hidup ditemukan terdampar di perairan Dent Haven, Tambisan, Lahad Datu pada Isnin. Pihak berkuasa sedang menyiasat nasib lima anak kapal itu, yang kesemuanya rakyat Malaysia.

Mereka dikenali sebagai Abd Rahim Summas, 62, juragan bot dari Kampung Tanjung Batu, Tawau; Tayudin Anjut, 45, dari Kampung Tanjung Batu Darat, Tawau; Mohd Ridzuan Ismail, 32, dari Felda Jengka 7, Bandar Jengka, Pahang; Fandy Bakran, 26, dari Kampung Pukat Tawau dan Mohamad Jumadil Rahim, 23, dari Batu 2, Jalan Apas, Tawau.

Ditanya mengenai ancaman bunuh yang diterima oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar baru-baru ini, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata ia sama sekali tidak akan menjejaskan usaha pihak polis memerangi keganasan.


“Polis akan melakukan apa sahaja untuk memastikan keselamatan rakyat, tidak kira apa jua ancaman yang mereka terima,” katanya.

Khalid dilaporkan terus menerima ancaman berikutan tindakan keras polis terhadap militan Daesh di negara ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori