Enjoy the benefits of exclusive reading

Looking for something?

KAHERAH – MESIR. Kumpulan kedua Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) ke Gaza bersama kira-kira tujuh tan bekalan makanan dan ubat-ubatan selamat tiba di Lapangan Terbang Kaherah, Ahad.

Kumpulan itu yang terdiri daripada 11 pengamal media, lapan sukarelawan dan seorang doktor tiba di lapangan terbang itu pukul 6 pagi waktu tempatan (11 pagi waktu Malaysia).

Naib presiden KP1M, Datuk Mohd Farid Hassan yang tiba di Kaherah sebelumnya bersama kumpulan pertama berkata bekalan berkenaan akan disimpan di Dewan Malaysia di Abbasiah, kira-kira satu jam perjalanan dari Lapangan Terbang Kaherah.

“Kami akan cuba mendapatkan pelepasan dari kargo lapangan terbang dan mengkaji sama ada kami boleh memindahkan semua bekalan dari terminal ke Abbasiah hari ini bersama tiga tan metrik bekalan yang kami bawa sebelumnya bersama kumpulan pertama di terminal,” kata beliau kepada pemberita di sini, hari ini.

Kumpulan pertama lapan orang tiba di Kaherah, Khamis lepas sementara baki 65 anggota misi kemanusiaan diketuai oleh presidennya, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dijangka berlepas dari KLIA, Selasa ini.


Pada masa ini, Mohd Farid berkata kumpulan pengurusan KPIM di Malaysia dan Kaherah masih berusaha mendapatkan permit untuk memasuki Gaza.

Kumpulan itu merancang untuk memasuki Gaza melalui sempadan Rafah bersama 40 tan metrik bekalan makanan dan ubat-ubatan, Rabu ini.

Bantuan kemanusiaan itu adalah untuk mengurangkan penderitaan yang dialami oleh rakyat Palestin di Gaza, yang menjadi sasaran serangan hebat oleh tentera Israel.

Setakat ini lebih 2,000 rakyat Palestin, kebanyakannya orang awam, terkorban dalam serangan itu. – BERNAMA

Thursday, December 19, 2024

Creating liberating content

Bayi 3 Bulan Antara...

MUMBAI - Seorang bayi berumur tiga bulan merupakan antara lapan korban kebakaran sebuah...

Indonesia Perketat Sempadan Bebas...

HANOI - Pihak berkuasa Indonesia mengetatkan kawalan keselamatan di beberapa kawasan bersempadan dengan...

Vivian Lee : Hubungan...

Kontroversi kisah cinta antara Alvin Tan dan Vivian Lee diketahui umum oleh rakyat...

Lelaki Bunuh Diri Dedah...

SEORANG lelaki yang telah membunuh diri bulan lepas, telah mengejutkan ramai selepas dia...

Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Utama Pagi Ini

KUALA LUMPUR – Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama menghala ibu kota dilaporkan perlahan setakat 10 pagi ini.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata trafik dilaporkan perlahan di Taiping ke Changkat Jering, Jelapang ke Hentian Sebelah Simpang Pulai dan Sungkai ke Slim River.

“Trafik perlahan disebabkan peningkatan kenderaan di kawasan berkenaan, namun keadaan masih terkawal,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata trafik perlahan di Lebuhraya Pantai Timur 1 dari Plaza Tol Karak dan Plaza Tol Bentong menghala ibu kota, namun terkawal.


Bagaimanapun, katanya aliran Trafik di Lebuhraya Pantai Timur 2 lancar.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori