VIRAL di laman sosial beberapa keping foto si comel memakai pakaian ‘tradisional’ malah melaram ketika Hari Raya Puasa baru-baru ini sehingga hangat dikongsikan netizen tempatan.
Trend kucing peliharaan tampil ‘segak’ dan ‘anggun’ bergaya semasa hari lebaran, nampaknya terus popular pada sambutan Aidilfitri tahun ini.
Selain mengenakan baju Melayu yang lengkap bersampin dan bersongkok, tidak kurang juga ada yang memakai ‘dress’ dan kostum adiwira sekali gus menyerikan tetamu yang hadir.
Memetik laporan daripada sebuah portal Singapura, pemilik si comel ini meninginkan kucing kesayangannya untuk turut serta ‘berhari raya’ bersama-sama mereka.
Jelas mereka, tindakan memakaikan pakaian istimewa pada hari lebaran itu merupakan salah satu cara mereka menzahirkan kasih sayang kepada haiwan comel itu.
Malah sesetengah menganggap si comel itu sebahagian daripada keluarga mereka dan tidak kurang juga kalangan pemilik kucing itu sekadar suka-suka kerana gemar memuat naik gambar haiwan peliharaan merek ke laman sosial.
Antara ‘selebriti’ yang mendapat perhatian di media sosial ialah, seekor kucing yang bernama Ash milik Samsiah Sulaiaman yang tidak asing lagi dengan baju Melayu cekak musang bercorak kotak-kotak berwarna ungu dan songkok serta samping.
Selain Ash, terdapat beberapa ekor lagi kucing yang tidak melepaskan peluang untuk melaram di Hari Raya, antaranya BJ dan Ujang milik Nurul Jannah Abu.
Rata-rata pemilik kucing ini menjahit sendiri pakaian untuk si comel mereka malah tidak kurang juga mendapatkannya secara atas talian di kedai-kedai yang menghasilkan pakaian untuk haiwan peliharaan.
Jom lihat aksi si comel melaram di Aidilfitri…
Namun menurut seorang individu yang dikenali sebagai Shereen, yang sudah berpengalaman selama 13 tahun dalam penjagaan kucing berkata, “pemilik harus ingat, haiwan tidak sepatutnya dipakaikan baju.
“Jadi kita harus bertanggungjawab dan memastikan haiwan peliharaan kita selesa, dan tidak memaksanya pakai baju untuk tempoh masa yang lama.” – MYNEWSHUB.CC