Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Sarawak Jaga Kepentingan Islam,...

KUCHING - Kerajaan negeri Sarawak terbukti berjaya menjaga kepentingan Islam dan pada masa...

Tak Sampai 2 Minggu,...

SELEPAS terlibat dalam nahas jalan raya dua minggu lalu, penceramah bebas, Muhamad Fadhil...

Penyakit Jantung Kekal Punca...

PUTRAJAYA - Sebanyak 172,031 kematian direkodkan pada 2018, dengan sejumlah 117,387 daripadanya adalah...

KWSP Perinci Kaedah Terbaik...

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedang menilai dan memperincikan kaedah...

Uber: Kerajaan Tidak Tertekan – Nazri

PETALING JAYA – Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata kerajaan tidak akan tunduk kepada sebarang tekanan dalam pertikaian berterusan antara pemandu teksi dan Uber.

Mengulas mengenai reaksi daripada persatuan teksi bahawa mereka akan menolak memberikan sokongan kepada kerajaan jika Uber diluluskan, beliau berkata kerajaan juga perlu memahami apa yang pengguna mahu.

Bercakap pada majlis rumah terbuka kementerian pada Rabu, beliau berkata, pengguna perlu diberi keutamaan kerana mereka membentuk kumpulan yang lebih besar daripada pemandu teksi.

“Bagaimana untuk menafikan hak-hak mereka jika itu yang mereka mahu,” katanya.

Nazri juga berkata, beliau menjangkakan kereta api berkelajuan tinggi yang akan menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura akan meningkatkan industri pelancongan negara.


“Kami telah lama menunggunya. Keretapi laju pastinya akan mengurangkan masa perjalanan,” katanya, sambil menambah lebih daripada 50 peratus pelancong adalah dari Singapura. – mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori