Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

MCA Agih 2,900 Kasut...

SEREMBAN - Sebanyak 2,900 pasang kasut sekolah hasil daripada Kempen Derma Kasut anjuran...

Dewan Rakyat Lulus Rang...

KUALA LUMPUR - Usaha blok pembangkang untuk menolak Rang Undang-Undang Perbekalan (Penguntukan Semula...

24 Maut Akibat Banjir,...

NEW DELHI - Hujan lebat dan tanah runtuh mengorbankan sekurang-kurangnya 24 orang di...

Penggabungan Tetap Strategi Utama...

KUALA LUMPUR - Axiata Group Bhd. tetap meneruskan penggabungan sebagai strategi utama meskipun...

UMNO Tak Panik ‘Drama’ DOJ – Annuar Musa

UMNO sama sekali tidak tertekan, apatah lagi panik dan berpecah dalam berdepan isu tindakan saman sivil yang dikemukan oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.

Perkara itu ditegaskan Ketua Penerangannya, Tan Sri Annuar Musa yang menambah, isu tersebut sebenarnya tidak akan berlaku kerana parti berkenaan memang sedar dengan ‘drama’ yang sedang berlaku di dalam dan luar negara.

“Percubaan mereka-reka cerita kononnya UMNO dalam keadaan tertekan, panik dan berpecah adalah satu percubaan ‘permainan minda’ untuk melihat UMNO hilang kesabaran serta tenggelam atau ‘mati punca’.

“Itu Insya’Allah tidak akan berlaku. Ia malah tidak berlaku kerana kita memahami apa dan siapa di belakang tabir ‘drama’ yang sedang berlaku dalam dan luar negara,” katanya menerusi satu kenyataan di ibu negara.

Annuar bahkan menambah, pelbagai ramalan boleh dibuat berhubung isu panas tersebut khususnya dalam kalangan pemimpin pembangkang yang sengaja memperbesarkan tetapi ia akhirnya akan kekal sebagai satu ramalan sahaja.

Tegasnya, dalam isu ini UMNO memilih untuk melihat kepada realiti serta akan berhati-hati menangani setiap isu yang datang mengikut landasan undang- undang dengan menjaga kepentingan lebih besar iaitu rakyat dan negara.

“Saf pimpinan UMNO di seluruh negara tetap kekal bersatu padu dan bersolidariti di bawah pimpinan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak.

“UMNO sama sekali tidak akan biar konspirasi dalam dan luar negara menentukan masa depan rakyat waima seberapa ramai ‘Si Kitol’ buka pintu belakang untuk musuh negara kuasai urusan dalaman negara kita,” katanya.


Annuar turut menegaskan empat pendirian UMNO berhubung isu tersebut iaitu:

1. BN/UMNO dan kerajaan memang memandang serius segala dakwaan DOJ dan sedang menelitinya secara terperinci. Dakwaan bahawa pihak kerajaan konon memandang remeh isu ini adalah tidak benar.

2. BN/UMNO dan kerajaan berpendirian untuk bekerjasama dengan semua pihak dan autoriti yang sah agar siasatan dapat dijalankan segera dan proses mahkamah berjalan adil. Proses ini memakan masa dan sebarang sikap prejudis atau spekulasi tidak diperlukan.

3. BN/UMNO dan kerajaan memahami isu ini perlu ditangani penuh berhati-hati menurut proses undang-undang walaupun ada pihak yang bersungguh mahu menjadikan isu ini berlaku mengikut ‘grand design’ mereka yang ada tujuan merebut kuasa dan mencari keuntungan politik. UMNO tidak akan membiarkan mereka dan sama sekali tidak akan ‘menari’ mengikut rentak mereka.

4. BN/UMNO mengalu-alukan dan menyokong penuh penegasan kerajaan seperti dibuat Perdana Menteri bahawa kerajaan sangat menjunjung ‘good governance’ dalam segala urusan kerajaan serta memberi jaminan semua yang cuba dituduh berpeluang membersihkan nama menurut undang-undang dan memastikan tiada wang rakyat disalahgunakan. – Mynewshub.cc/HAA

  • Lagi berita berkaitan:
  • DOJ

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori