Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

6 Militan Maut Pertempuran...

SRINAGAR (Kashmir yang dikuasai India) - Sekurang-kurangnya enam militan terbunuh dalam pertempuran di...

Maut Terputus Kepala Digilis...

NIBONG TEBAL - Seorang lelaki mati dalam keadaan mengerikan apabila kepala terputus selepas...

Pasukan Khas Ditubuh Kaji...

ROMPIN - Satu pasukan petugas khas akan ditubuhkan bagi membangunkan model Kelas Al-Quran...

Mawla Amin Bukan Warga...

RABAT - Teka-teki tentang status sebenar kewarganegaraan Mawla Amin atau nama sebenarnya, Mohamed...

Unik! Inilah Misteri Di Sebalik Angka 1 Hingga 10

DI dunia ini, kita tidak boleh terlepas daripada angka. Malah dalam kehidupan seharian, kita juga sering kali menemukan angka dengan mempunyai kegunaan yang sangat banyak.

Misalnya untuk menentukan kalendar, menyebut bilangan dan fungsi-fungsi lain.

Angka tidak terbentuk dengan sendirinya, melainkan dijumpai tetapi tahukah anda misteri dari angka 1 hingga 10?

Unik! Inilah Misteri Di Sebalik Angka 1 Hingga 10

Mari kita lihat terlebih dahulu, angka 1 hingga 9:

1 = Satu
2 = Dua
3 = Tiga
4 = Empat
5 = Lima
6 = Enam
7 = Tujuh
8 = Delapan
9 = Sembilan

Angka tersebut ada persamaan pada huruf depannya dalam bahasa Melayu? Jika persamaan ini dijumlahkan, maka hasilnya adalah sepuluh. Misalnya, Dua dan Delapan, sama-sama huruf awal ‘D’, jika dijumlahkan hasilnya 10.

Begitu juga dengan tiga dan tujuh (huruf T), empat dan enam (huruf E), lima dengan lima (huruf L), serta satu dan sembilan (huruf S) yang jumlahnya adalah 10.

Selain itu, huruf awal juga mempunyai peranan penting terbentuknya bilangan. Misalnya satu dan sembilan, sama-sama huruf awal ‘S’, yang kebetulan berapa pada urutan ke-19 dalam abjad.

Jika satu dan sembilan dijumlahkan dan dibahagikan dua, maka hasilnya adalah angka ‘5’, dan ‘5’ mempunyai bentuk seperti huruf ‘S’.

Kemudian dua dan lapan, huruf awalnya adalah D yang keempat, apabila lapan dibahagi dua maka hasilnya adalah empat.


Maka, empat dan enam, yang kedua-duanya berawalan huruf ‘E’, di mana ‘E’ adalah huruf kelima dan lima berada di antara empat dan enam.

Justeru itu, angka ‘5’ yang huruf awalnya L, dan huruf L sendiri merupakan simbol angka lima puluh dalam perhitungan angka jawi.

Walhal pada tiga dan tujuh sukar dicari kebenarannya. Misalnya dibahagikan atau dikalikan akan susah ditemukan persamaannya.

Akan tetapi, mereka sama-sama bermula dengan huruf ‘T’. Cuba tuliskan huruf ‘T’ kecil pada kertas, lalu putar 180 darjah dan anda akan mencari angka 7.

Jika huruf T tersebut diputar 90 darjah, maka yang anda dapat adalah nombor tiga.

Menarik bukan? Namun tidak semua angka ini boleh dilaksanakan di negara lain yang mempunyai bahasa berbeza. Ia hanya boleh dilaksanakan di Malaysia dan Indonesia. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori