Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Struktur Semula Beri Lebih...

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan akan distruktur semula bagi memberi lebih autoriti kepada Jabatan...

Mesej Antonio Conte Buat...

DIEGO Costa mengakui bengang selepas Antonio Conte memberitahu apa yang perlu dilakukannya pada...

Fazura Teruk Dikecam Nyanyi...

DALAM bidang lakonan, memang tidak dinafikan Fazura memang seorang aktres yang cukup berbakat...

Bekas Pembantu Anwar Ibrahim,...

PETALING JAYA : Saiful Bukhari Azlan yang merupakan bekas pembantu peribadi kepada Presiden...

Urusan Dengan Turki Tidak Perlu Ditangguh

PUTRAJAYA – Segala urusan kerajaan membabitkan Malaysia dan Turki tidak perlu ditangguhkan kerana ia masih ditadbir kerajaan yang sama, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa hari ini.

Beliau berkata penjawat awam boleh meneruskan apa sahaja urusan seperti biasa, malah pihaknya juga tidak berhasrat melarang atau menyarankan penangguhan sebarang urusan antara kedua-dua negara.

“Saya dimaklumkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri bahawa suasana di sana (Turki) adalah terkawal, cubaan merampas kuasa, ‘attempted coup’ atau kudeta berjaya diatasi kerajaan dan keadaan kembali normal.

“Sebab itu tiada keperluan untuk menangguhkan apa-apa urusan kerajaan dengan kerajaan kerana Turki masih diperintah kerajaan yang dipilih secara sah oleh rakyat, maknanya business as usual di antara Turki dan Malaysia,” katanya mengulas mengenai perkembangan konflik cubaan rampasan kuasa di negara itu Jumaat lepas.

Ali bercakap kepada pemberita ketika ditemui pada majlis perasmian Seminar Pendidikan Generasi Muda ‘Teknik-Teknik Menjawab Soalan Peperiksaan’ Siri Kedua anjuran Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (Puspanita) yang dirasmikan Yang Dipertua Puspanita, Puan Sri Rohani Abdullah di Dewan Seri Endon Puspanitapuri di sini.

Akhbar melaporkan pihak berkuasa Turki menguasai semua negara itu semalam selepas berjaya menggagalkan cubaan rampasan kuasa oleh sekumpulan anggota tentera bagi menggulingkan Presiden Recep Tayyip Erdogan yang menyebabkan lebih 265 orang terbunuh.

Kejayaan itu juga dikatakan hasil sokongan padu rakyat yang turun di jalanan bagi menghalang pergerakan kenderaan-kenderaan tentera dalam suasana huru-hara di Istanbul dan Ankara.

Mengulas lanjut, Ali berkata keadaan keselamatan dan pentadbiran yang kembali normal di Turki akan membolehkan perancangan dan urusan Malaysia dengan negara itu diteruskan sepertimana yang dirancang memandangkan pelbagai unjuran telah dibuat kerajaan, antaranya meningkatkan perdagangan dua hala, pelaburan, pendidikan dan pelancongan.


Beliau juga merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat membantu Kedutaan Malaysia di Ankara dan Wisma Putra menguruskan keselamatan rakyat Malaysia di sana semasa krisis tersebut, antaranya Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pengangkutan dan Majlis Keselamatan Negara.

Ditanya saranan dan pengajaran yang boleh diambil daripada insiden tersebut, Ali berkata semua pihak perlu menghargai keamanan yang ada di negara ini dengan bersama-sama menjaganya agar terus kekal dan tidak memusnahkannya hanya kerana perbezaan fahaman.

Mengenai seminar tersebut, Ali yang juga Penasihat Puspanita berkata penganjurannya telah membawa kepada peningkatan pencapaian pelajar dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di mana seramai 80 pelajar yang mengikutinya mencapai kejayaan cemerlang dalam ketiga-tiga peperiksaan tersebut tahun lepas.

Selain seminar, Puspanita juga mengadakan tuisyen percuma setiap hari untuk subjek matematik, matematik tambahan, kimia dan fizik di Dewan Puspanitapuri, katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori