Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Me’nate Nafi Caj Daging...

PEMILIK restoran Me’nate Steak Hub menafikan sekeras-kerasnya gambar tag harga daging stik 'mahal'...

Ringgit Jatuh: Pelajar Tajaan...

WALAUPUN trend matawang Ringgit kini terus jatuh, namun pelajar Malaysia yang sedang melanjutkan...

Tawar Khidmat Seks Kepada...

KUALA LUMPUR - Seorang Instafamous yang dikenali sebagai “Papaicici” dijatuhi hukuman denda RM3,000...

Mukhriz Sangkal Dakwaan Hakim...

MUKHRIZ Mahathir menyangkal dakwaan yang tersebar di media sosial mendakwa hakim perbicaraan kes...

Ustaz Dakwa Ezad Lazim Terkena Buatan Orang

PELAKON dan penyanyi Ezad Lazim yang kini sedang sakit dilaporkan terpaksa pulang ke kampungnya di Alor Setar, Kedah.

Ini berikutan, doktor yang merawatnya di hospital tidak dapat mengesahkan punca penyakitnya yang begitu kerap muntah sejak 22 Jun lalu.

Ustaz Dakwa Ezad Lazim Terkena Buatan Orang

Menurut isterinya, Nor Azeana Ramli, Ezad sering mengadu sakit dada, sukar untuk makan dan setiap hari akan muntah lebih 20 kali.

“Doktor pun tiada jawapan mengapa Ezad muntah dengan begitu kerap. Sampaikan kami dicadangkan untuk membuat rawatan secara tradisional pula.

“Saya sedih melihatnya. Setiap hari, lebih 20 kali dia muntah. Nak makan pun susah, malah walaupun diberi sebiji kurma, dia tetap akan muntah semula.

“Sekarang Ezad berada di kampung. Sekurang-kurangnya, dia bersama keluarga untuk mendapatkan semula semangat bagi kembali sihat,” katanya kepada BH Online.

Dalam pada itu, Azeana akui ada membawa suaminya berjumpa dengan seorang ustaz.

Namun, jawapan yang diterima tentang penyakit Ezad mengejutkan mereka.


Kata ustaz tersebut, ada orang yang dikenali cuba menggunakan ilmu hitam terhadap mereka berdua.

“Ustaz itu kata, ia bermula dengan saya. Saya sakit kanser sebelum ini kerana buatan orang. Kemudian orang yang sama pula cuba mengganggu Ezad.

“Tetapi kami tidak mahu cepat melatah, dan mungkin ustaz itu silap. Entah, saya pun tak tahu hendak cakap apa, dan tidak pasti sama ada mahu mempercayainya atau tidak.

“Bagaimanapun saya dan Ezad ambil perkara ini secara positif,” ujarnya.

Sama-samalah kita doakan semoga penyanyi Demi Cinta ini sihat seperti sedia kala. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori