Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Ekspatriat Warga Filipina Sogok...

SHAH ALAM - Seorang ekspatriat warga Filipina dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini...

Zul Huzaimy Juara All...

SHAH ALAM - Pelakon dan pengarah, Zul Huzaimy Marzuki muncul juara program All...

Mayat Jamal Khashoggi ‘Dilarutkan’

ANKARA – Mayat wartawan, Jamal Khashoggi ‘dilarutkan’ selepas dia dibunuh dan dikerat-­kerat di...

Pelakon Filem Lucah Nafi...

PELAKON filem lucah Thailand ini, Nong Nat, 33, kini digelar sebagai kaki kikis...

Van Terbakar Di Jalan TAR Bukan Van Milik Polis

KUALA LUMPUR – Polis hari ini menafikan dakwaan yang tersebar di laman sosial kononnya sebuah van polis diletupkan, manakala tiga anggotanya cedera dalam kejadian di Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainol Samah berkata tindakan mereka yang menyebarkan berita palsu itu hanya menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat.

“Van yang terbakar itu (menerusi gambar yang disebarkan) bukan milik polis dan tiada anggota yang cedera seperti didakwa,” katanya ketika dihubungi Bernama, malam ini.

Zainol berkata gambar disebarkan itu adalah kejadian yang berlaku semalam (11 Julai).

“Ketika kejadian, pemilik van itu yang baru tiba dari Kedah telah melalui Jalan TAR, sebelum bahagian enjin vannya itu tiba-tiba terbakar dan merebak ke keseluruhan kenderaan itu. Tiada unsur kianat,” katanya.


Beliau menegaskan mereka yang bertindak menyebarkan berita palsu itu boleh disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia, dan jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori