Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Dua Lelaki Didenda RM3,000...

IPOH: Dua lelaki masing-masing didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini...

Tiada Keperluan Panggil Tun...

KUALA LUMPUR - Tiada keperluan bagi polis memanggil Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (MPK)...

Bekas Tentera Ditahan Larikan...

SHAH ALAM – Polis menahan lima individu termasuk seorang bekas pegawai tentera darat...

Peminat Tarik Zip Baju...

Penyanyi terkenal Mexico. Thalia terpaksa berdepan dengan peminat `kurang ajarĂ¢â‚¬â„¢ yang telah membuka...

Vanidah Imran Korbankan Kerjaya Demi Keluarga

PELAKON Vanidah Imran, 43, memberitahu dirinya kini sudah mula memperlahankan kerjayanya buat sementara waktu bagi memberi perhatian kepada keluarga terutamanya anak-anak yang semakin dewasa.

Vanidah berkata, dua anaknya, Mikhail Imran, 15, dan Maryam Rashika, 12, perlau diberikan perhatian sepenuhnya kerana mereka bakal menduduki peperiksaan penting tidak lama lagi.

“Saya kurangkan berlakon kerana saya sibuk menjaga dan menguruskan anak di rumah.

“Saya korbankan kerjaya seni kerana anak saya memerlukan saya. Mereka akan menduduki peperiksaan penting iaitu Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR),” katanya kepada mStar Online.

Vanidah yang merupakan isteri kepada pelakon Rashidi Ishak juga berkata dia hanya memilih tawaran yang dianggap berbaloi dan akan memberikan impak kepada penonton.


Tambahnya, dia juga tidak pernah menggunakan khidmat pembantu rumah bagi menguruskan rumah tangga yang sudah dibina sejak 16 tahun lalu.

“Sebelum ini, suami yang menjaga dan menghantar anak ke sekolah kerana kami tidak pernah ada pembantu. Kini biarlah saya berkorban kerana suami sibuk dengan kerjayanya,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori