MUNGKINÂ Victoria Beckham hanya ingin menunjukkan cintanya kepada anak perempuannya, tetapi netizen menganggap ia adalah berbeza.
Pada hari ulang tahun kelima Harper, Victoria menghantar gambar menunjukkan dia mencium puterinya, di bibir, yang ditulis kapsyen: “Selamat ulang tahun bayi perempuanku, kami semua mencintaimu, ciuman dari mommy.”
Bagaimanapun gambar ibu dan anak tersebut menyebabkan luahan penghinaan di laman Instagramnya, apabila ramai dilaporkan tidak suka dengan cara Victoria mencium Harper.
Pengguna media sosial menyatakan bahawa orang tua tidak mengajar untuk mencium anak-anak mereka di bibir.
“Kenapa orang tua mencium anak mereka di bibir,” lapor seorang netizen. Ada pula yang memberi komen dengan satu perkataan sahaja iaitu “lesbian.”
Mujurlah masih ada banyak orang tampil membela Victoria, dengan menyebut bahawa dia menunjukkan kasih sayang sebagai seorang ibu.
“Gambar yang indah, ini menunjukkan kasih seorang ibu dan anak antara satu sama lain,” lapor dari pengguna Instagram yang lain. – MYNEWSHUB.CC