Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Penduduk Kg. Siam Minta...

GEORGETOWN - Sekumpulan penduduk di Kampung Siam, Pulau Tikus di sini meminta kerajaan...

JKKK Pahang Diminta Pantau...

KUALA LIPIS - Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) negeri ini diminta memantau...

Nak Swafoto, Pelancong Perancis...

SEORANG pelancong wanita dari Perancis terpaksa dimasukkan ke hospital selepas tindakan drastiknya yang...

Waze Perkenal Fungsi Baharu,...

SALAH sebuah aplikasi navigasi popular dunia, Waze sering memudahkan pengguna lalu lintas mengetahui...

Video: Adinda Tasya Pukau Juri Let’s Sing Kids

JIKA suara yang merdu boleh menjadi penentu sejauh mana satu bakat seni boleh melangkah, maka suara yang satu ini tentu sekali tidak punya masalah untuk dibawa ke mana sahaja.

Dikenali sebagai Adinda Tasya Mansor, suara kanak-kanak berusia 11 tahun ini kini menjadi bualan masyarakat di China, selepas kemunculannya dalam program pencarian bakat baru di negara itu, Let’s Sing, Kids, musim keempat.

Dia yang menyampaikan lagu berbahasa Mandarin berjudul Next Stop in the Future menerima standing ovation atau tepukan gemuruh secara berdiri bukan sahaja daripada penonton, malah berjaya mengagumkan juri.

Kesemua juri pertandingan, Gary Chaw, Su Yunying, Jacky Xue Zhiqian, berebut-rebut mahukan Adinda sebagai protege mereka.

Namun anak kelahiran Taiping, Perak itu kemudiannya memilih Su sebagai mentor.


Netizen, khususnya di China, menganggap Adinda sebagai ‘the next Shila Amzah’, yang sebelum ini berjaya mengukir nama di negara itu menerusi pertandingan Asian Wave.

Adinda merupakan peserta Ceria Popstar menerusi saluran Astro Ceria tahun lalu, namun hanya mampu menamatkan pertandingan nyanyian itu di tempat kelima.

Let’s Sing, Kids memulakan siaran pada 2 Julai lalu di stesen televisyen tempatan paling popular di China, Hunan TV. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori