SEBUAH video memaparkan seorang lelaki warga emas tergantung di tingkap lapan sebuah pangsapuri di Singapura menjadi viral semalam.
Warga emas berusia 68 tahun itu dipercayai cuba membunuh diri dengan terjun dari tingkat 11 rumahnya sebelum tersangkut di ampaian aras lapan kediaman tersebut.
Kejadian dilaporkan berlaku di Blok 410, Tampines Street 41, jam 3.30 petang semalam.
Pihak bomba terpaksa menggunakan mesin tangga berplatform tinggi (CPL) bagi meneruskan misi menyelamat lelaki tersebut.
Sebaik diselamatkan, warga emas itu terus dikejarkan ke Hospital Changi dan kini dilaporkan berada dalam keadaan sedar dan stabil.
Lelaki itu kini ditahan pihak polis atas dakwaan cuba membunuh diri dan siasatan masih dijalankan oleh pihak berkuasa. – MYNEWSHUB.CC