Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Khazanah Terima Banyak Tawaran,...

KUALA LUMPUR - Pemegang saham utama PLUS Malaysia Bhd, Khazanah Nasional Bhd. menegaskan...

‘Noah Menemaniku Kuala Lumpur’

Kumpulan Rock Nombor 1 Indonesia Kembali Ke Malaysia Adakan Konsert Di Lokasi Lebih...

Respon Pedas Ekin AF3...

BUKAN tak biasa melihat gambar-gambar selfie atas katil yang dikongsikan oleh selebriti antarabangsa.Tapi, entah...

Bocey Antara Muka Baru...

KUALA LUMPUR - Kumpulan Bocey tersenarai sebagai salah satu daripada line-up yang bakal...

Video: Lelaki Maut Ditembak Belasan Das Di Setapak

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki dipercayai ah long mati ditembak 16 das dalam kejadian berhampiran simpang lampu isyarat di hadapan Setapak Sentral, pukul 3.35 petang tadi.

Mangsa, 43 tahun, bapa kepada 3 orang anak menemui ajal di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan teruk pada bahagian kepala, badan dan kaki.

Tembakan dilepaskan melalui cermin sisi hadapan sebelah kanan dan kiri pemandu.

Berdasarkan video rakaman CCTV, empat suspek menunggang dua motosikal dilihat menghampiri kereta mangsa lalu berhenti sebelum pembonceng kedua-dua motosikal tersebut turun dan menembak  mangsa.

Video: Lelaki Maut Ditembak Puluhan Das Di Setapak

Kejadian itu berlaku dengan pantas sebelum kedua-dua suspek kembali menunggang motosikal dan beredar dari tempat kejadian.

Apa yang menimbulkan tanda tanya, satu lagi rakaman yang diambil saksi di tempat kejadian menunjukkan jasad mangsa dipindahkan dari keretanya ke sebuah kereta lain berwarna putih.


Gambar dan video kejadian kini mula membanjiri timeline media sosial namun maklumat penuh kejadian masih belum diperolehi.

Video: Lelaki Maut Ditembak Puluhan Das Di Setapak

Video: Lelaki Maut Ditembak Puluhan Das Di Setapak

Video: Lelaki Maut Ditembak Puluhan Das Di Setapak

Susulan kejadian menggemparkan itu, lokasi pembunuhan dibanjiri orang awam sementara pihak berkuasa termasuk polis dilihat tekun menjalankan penyiasatan.

Kejadian berkenaan disahkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa.

Beliau berkata, maklumat awal yang diperoleh pihak polis mendapati mangsa mempunyai hubungan dengan kumpulan kongsi gelap.- MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori