SETIAP kali menjelang musim perayaan tertentu, kita sering disajikan dengan iklan hari raya yang bertemakan sama ada sedih, gembira atau lucu.
Namun kali ini, lain daripada yang lain, seorang pengguna Youtube, Firdhaus Rahmah buat pertama kalinya mengetengahkan konsep seram menerusi video iklan raya terbaharunya.
Bertajuk “Man Nak Raya“, elemen seram yang digarapkan membuatkan kami benar-benar ‘terkejut’ sewaktu menonton buat pertama kali.
Lebih menarik (dibaca: lagi menakutkan), mesej yang ingin disampaikan iaitu tidak kira bagaimana sibuk pun kita, jangan lupa pulang ke kampung dan menziarahi ibu bapa.
Iyalah sedangkan ‘hantu’ pun pandai pulang kampung untuk beraya, kan!
Apa pendapat anda dengan video ini? Seram tak? Hehehe. – MYNEWSHUB.CC