Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Jual Beli Maklumat Sulit...

KOTA BHARU - Penjualan dan pembelian maklumat sulit oleh mana-mana pihak adalah tindakan...

Awie – ‘Saya Akan...

JIKA dulu, pelakon dan penyanyi Awie hanya bekerja untuk mencari rezeki bagi memenuhi...

Tak Dijemput, Diva AA...

SIAPA tak kenal pengacara popular Azwan Ali yang sememangnya cukup dikenali dengan pelbagai...

Integriti Kunci Kejayaan Organisasi...

PUTRAJAYA - Elemen integriti amat penting dalam menggerakkan sesebuah organisasi dalam semua bidang...

Video: Maut Dirempuh Hingga Terputus Kaki

SEORANG penunggang motosikal maut dalam keadaan mengerikan selepas terseret sejauh 50 meter dalam kejadian kemalangan di Kepala Batas, Pulau Pinang petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, Md Iqbal Hossiin, 40, seorang pekerja kontrak yang sedang menunggu di persimpangan lampu isyarat di Bandar Bertam, dirempuh sebuah kereta Perodua Kenari dari belakang.

Menerusi rakaman video CCTV yang tersebar di media sosial, mangsa dilihat terpelanting sehingga pergelangan kaki kanan putus, manakala motosikalnya diseret ke hadapan disebabkan rempuhan kuat kereta terbabit.

Mangsa dilaporkan maut serta merta di lokasi kejadian.


Pada masa sama, sebuah kereta Perodua Axia yang berada berdekatan mangsa turut dirempuh oleh kereta Kenari tersebut.

Bagaimanapun kedua-dua pemandu berkenaan hanya mengalami kecederaan ringan dan telah dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk mendapatkan rawatan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Azmi Adam mengesahkan kejadian itu dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori