Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

16 Universiti China Tawar...

KUALA LUMPUR - Sehingga kini sebanyak 16 universiti di China menawarkan pengajian Bahasa...

Kanak-Kanak 6 Tahun Meninggal...

KANGAR - Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun meninggal dunia, disyaki akibat didera...

24 Daripada 31 Mangsa...

KOTA KINABALU - Pihak berkuasa telah mengenal pasti 24 daripada 31 mangsa bot...

Rampasan Kuasa Di Sudan,...

PUTRAJAYA - Kementerian Luar mengesahkan setakat ini kesemua 42 rakyat Malaysia yang berada...

Video: Orang Jepun Dicabar Makan Cucur, Minta Penyepit

MAKANAN khas setiap negara menjadi cabaran tersendiri untuk dirasai misalnya. negara jiran kita, Indonesia yang memiliki makanan khas daripada pelbagai daerah.

Salah satu makanan kegemaran yang lazim dibuat rakyat republik tersebut ialah kuih cucur. Namun pernahkah anda terfikir, bagaimana reaksi orang Jepun ketika mula memakan kuih cucur?

Rakaman video yang dimuat naik menerusi YouTube memperlihatkan reaksi orang Jepun semasa makan kuih cucur.

Video yang mengandungi tiga orang Indonesia itu bersama orang Jepun yang sedang berkunjung ke festival bunga sakura (hanami).

Menurut video tersebut, orang Indonesia turut bertanyakan sesuatu tentang Indonesia, contohnya sama ada warga Jepun pernah ke Indonesia atau hanya berkunjung ke Bali.

Selain itu, sedikit perkenalan mengenai bahasa Indonesia juga ditanyakan. Kemudian orang Indonesia itu menawarkan kuih cucurnya.


Umumnya memasak kuih cucur agak mudah dan kerap dijual di pinggir jalan tetapi apa yang menariknya ia dapat perhatian ramai orang Jepun.

Melihat reaksi orang Jepun menerusi video tersebut, ada meminta penyepit untuk memakan kuih cucur.

Jom!!! Ayuh layan video di bawah ini. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori