Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

SPNB Terima 81,206 Permohonan...

MERSING - Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) telah menerima sebanyak 81,206 permohonan Rumah...

Isytihar Sokongan PM Bakal...

SHAH ALAM - Langkah pengisytiharan sokongan terhadap Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad...

Auto Debit Bayaran Pinjaman...

PUTRAJAYA - Pemotongan auto debit melalui akaun bank tidak sepatutnya berlaku bagi pinjaman...

Selama 26 Tahun, Suami...

PERCAYA atau tidak, sepasang suami isteri melakar memori unik tersendiri dengan hanya makan...

Video: Pura-Pura Jadi Jemaah Untuk Mencuri

SERI ISKANDAR – Pantang lihat peluang, seorang lelaki tergamak curi barangan milik jemaah yang sedang menunaikan solat dalam kejadian di Masjid Al-Siddiq, Iskandar Perdana, di sini, kelmarin.

Gelagat lelaki berkenaan yang dilihat berpura-pura menjadi seorang jemaah ketika solat asar berjemaah, berjaya dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV).

“Daripada rakaman CCTV, kita dapati ada seorang lelaki yang berpakaian lengkap, berkopiah serta berkain pelikat seperti mahu bersolat.

“Namun, lelaki itu dilihat mengambil beg jemaah yang sedang solat dan menyebabkan seorang jemaah kerugian RM400,” kata pengerusi masjid, Abdul Rahim Basri yang dipetik laporan Sinar Harian.

Beliau berkata, kejadian kecurian seumpama itu bukanlah yang kali pertama berlaku di masjid berkenaan, tetapi sebelum ini cuma melibatkan kecurian duit tabung masjid.


Tambahnya, pihak masjid mengambil serius kejadian tersebut termasuklah memasang CCTV, selain merancang meletakkan anggota Rela ketika solat Jumaat.

Menurut portal itu lagi, Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Supritendan Aziz Hasan mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

Pihaknya ada menerima laporan berkenaan kejadian itu yang melibatkan seorang jemaah kerugian RM400 apabila dompetnya diambil suspek terlibat.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan, termasuklah melihat rakaman CCTV masjid itu untuk mengesan suspek terlibat,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori