Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Congak Kerusi PH: DAP...

ATAS kertas, konon ada nama Melayu duduk sebagai Presiden, Pengerusi dan Ketua Umum,...

Pembantu Kafe UIA Mati...

GOMBAK : Mayat seorang lelaki warga asing ditemui tergantung pada tiang jambatan Mahala...

Wanita Ini Luah Rasa...

SUDAH semestinya setiap pasangan pengantin baharu mengharapkan segala urusan dipermudahkan ketika majlis perkahwinan...

Kaunter Zakat ‘Drive Thru’...

DI pertengahan bulan Ramadan ini, pasti ramai yang berpusu-pusu untuk membayar zakat fitrah...

Wahid Omar Dilantik Pengerusi PNB Berkuat Kuasa 1 Ogos

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pelantikan Tan Sri Abdul Wahid Omar sebagai Pengerusi Permodalan Nasional Bhd. (PNB) yang baharu berkuat kuasa 1 Ogos 2016.

Abdul Wahid, seorang akauntan bertauliah, pernah mengetuai kumpulan perbankan terbesar di Malaysia, iaitu Maybank, selepas menerajui transformasi gergasi telekomunikasi tempatan, Telekom Malaysia.

Beliau juga telah mengetuai proses pemulihan UEM Group.

Semasa di Jabatan Perdana Menteri, beliau bertanggungjawab menyelia agensi-agensi kerajaan seperti Unit Perancang Ekonomi (EPU), Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Jabatan Perangkaan, Ekuinas, Talent Corporation, TERAJU dan Yayasan Pendidikan Peneraju Bumiputera.

Perdana Menteri dalam kenyataan yang sama turut mengucapkan terima kasih kepada Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid atas sumbangan besar beliau mengemudi PNB sejak 1996 sehingga menjadi salah sebuah institusi pelaburan terkemuka di negara ini.


“Di bawah kempimpinan beliau, PNB telah mencapai pelbagai kejayaan dalam melaksanakan mandat kerajaan bagi meningkatkan taraf ekonomi masyarakat Bumiputera khususnya serta menyumbang ke arah pertumbuhan dan kemakmuran negara.

“Saya berharap agar Tun Ahmad Sarji akan terus berkongsi pengalaman dan menyumbang kepada pembangunan negara,” kata Najib. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori